Sabtu, 21 Jun 2008

semalaman yang hangat

dalam jangkamasa 5 tahun, apa yang kamu jangkakan?

matang? tenang? bijaksana?

bagi ako 5 tahun itu seumpama satu jangkamasa yang tak lama..

pejam celik mata selepas masing-masing membawa haluan selepas berakhirnya sesi terakhir di sekolah depan zoo, maka bersua kembali semuanya (tak semua, tapi ada lah jua sedikit sebanyak)

semua ada hidup sendiri, cara sendiri..

ada yang dah kerja, dah tamat pengajian, dah baru berputik cinta, dah putus cinta, menemui bekas kekasih lama, pujaan hati pengarang jantung yang dulu tergila-gila..

tapi bila kembali, seperti masa berputar ke masa dahulu..

suasana yang sangat biasa dilihat, dengan tilam terbentang dilantai, kain bersidaian di hujung katil, dan juga bau-bauan yang dahulu mewarnai kamar-kamar..

oh ya, dah berjumpa semula memang tak patut jika tiada makan-makan, maki-makian dan juga sesi gambar-gambaran..

dan ianya boleh dikutip di sini

p/s: update sikit..




3 ulasan:

  1. takde pape pon yg nak dikutip huhu

    BalasPadam
  2. problem menghapload..

    sori2..

    coming right away..

    alaa, tau ah gambo dia sorang penuh satu frame..

    BalasPadam
  3. alin pakai shortsleeved shirt? hoh.

    BalasPadam