Khamis, 1 Januari 2009

monolog diri 1 januari

apa ada jika hikayat satu malam yang tiada apa pengisian dikarang? hanya sekadar cuba merenung kembali tahun silam yang berlalu, lalu gagal melelapkan mata?

***

tiada rancangan, juga tidak merancang apa-apa perancangan..sekadar mahu refleksi diri di depan cermin jiwa..melihat semuanya, yang baik, buruk, dan hodoh, serta konsekuensi pada diri sebagai himpunan binaan sempadan diri, juga pedoman kehidupan..

yang baik selalunya sementara, yang buruk buat jiwa duka, yang hodoh itu kita suka..

jadi di mana posisi diri ini? di mana rasa yang barangkali mahu di simpan tapi berlalu pergi?

dan di atas tahap apakah kematangan jiwa? tindak tanduk serta kesannya?

***

malam pekat, aku renung jauh, sayup persis menilik timbulnya anak bulan..menerbitkan bibit perasaan..bercambah kisah masa depan..disulam sedikit keasyikan hangatnya pelukan..

dengan satu harapan..jangan pernah lepaskan..

don't let go..

3 ulasan:

  1. hangatnyeee pelukan..pelukan dengan harapan?betul..jgn lepaskan..satu kali pun jangan..

    BalasPadam
  2. honey? buat pe kat sini?

    oh honey lain. barangkali.

    yeah. don't let go.

    BalasPadam
  3. oh peanut butter lain. barangkali.

    BalasPadam