Rabu, 19 September 2007

guna apa mempersalahkan jika sendiri tidak betul

perkongsian artikel untuk kamo semua..

Respon kepada Post Hajjah (di bawah)
----------------------------------------
Jangan dipercayakan sangat "tuduhan"
melulu begini. Usul periksa dahulu
sebelum terima apa yang dibaca. Dah
banyak benda-benda camni dihantar
melalui emel, kononnya satu Dunia sedang
menentang agama Islam.

Perkataan BYE bukan jarum sulit org
Kristian...Ia hanyalah singkataan
berkataan Goodbye yang berasal dari
zaman shakespeare. Goodbye diambil dari
ayat "GOD BE WITH YOU" atau "God be wy
you.". Tetapi berubah menjadi "GOOD BE
WY YOU" atas pengaruh GOOD DAY and GOOD
NIGHT (Try baca dengan cepat ayat ni,
kan bunyi GoodBYE). Ia hanyalah ucapan
harian biasa. Dan ia bermaksud baik sama
seperti "Yarhamuku'llah".

Yang menjadikan Islam ataupun orang
Islam Lemah, bukan kerana
perkataan-perkataan kononnya senjata
orang Kristian, atau agama lain, tetapi
musuh Islam sebenarnya adalah orang
Islam sendiri. Kenapa? Dalam keadaan
orang Islam ditindas, siapa yang sanggup
bangkit menentang? Dalam kalangan umat
Islam sendiri wujud perpecahan dan
permusuhan. Keutuhan akidah dan kekuatan
Iman pun mudah dihasut oleh pengaruh
"syaitan". Lihatkan rakan-rakan
anda...mesti ada kenalan yang terjebak
dalam Maksiat, judi, ataupun
benda-benda yang dilarang dalam Quran
ataupun Hadith. Ada yang bukan setakat
"mencemarkan" diri bahkan "mempengaruhi"
orang lain untuk terjebak sama.

Ini ditujukan kepada penganut-penganut
agama lain juga. Kristian, Islam,
Buddha, semuanya agama yang mengajak
kepada kebaikan. Kalau senang kita
dipengaruhi oleh benda-benda macam ini,
bukti keutuhan iman dalam diri masih
tidak kuat. Soalan murtad, bukan soal
dijampi atau dipukau, tetapi diri orang
itu sendiri. Bayangkan seorang yang
"kononnya" beragama Islam, tetapi tidak
pernah cukup lima kali sembahyang, tidak
pernah ikut ajaran dalam Q'uran,
bukankah senang dia terjebak ke dalam
agama lain yang ditunjukkan oleh
rakan-rakannya? Kenapa tidak bantu
rakan-rakan ini ke jalan yang benar?
Kenapa hanya kata "Biarkan lah, hidup
dia...biar dia jawab masa akhirat."
Kenapa tidak sekurang-kurangnya tegur
dia selagi masih terdaya? Malu? Takut?

Renungkanlah...

**Di sini jugak nak ditekankan, fahami
agama lain (sebagai pengetahuan) sebelum
melemparkan "fitnah". Sesungguhnya
menfitnah dalah lebih buruk daripada
membunuh.

Salam!

Kee Man


HAJJAH wrote:
assalamualaikum...Kenapa aku baru
tau maksud perkataan "BYE"...
SubhanAllah!!! Perkataan
"BYE" merupakan
jarum sulit org Kristian... Di dlm
bahasa Arab b'maksud
"fihafzil baba
".Manakala dlm bahasa Malaysia
b'maksud
di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi
foward dan sebarkan kepada semua shbt2
anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd
kita dan org Islam yang lain.Wassalam

di Universiti Putra Malaysia.
Itulah satu-satunya Universiti yang
ada gereja. Gereja ini antara yang
aktif
untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada
saudara kita terminum 'Holy

Water'.
Sebenarnya
air ini dibuat di
Vatican City. Dijampi oleh paderi
termasuk Pope John Paul yang jemput
Perdana Menteri kita dulu! . Kalau
terminum, cari air kolah dari 3 masjid.
Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x,
3 qul 1x, dan selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian
buat mandi. InsyaAllah mereka akan
sedar dan dapat diselamatkan.
insyaAllah. tolong fowardkan ... demi
islam... demi agama yang
tercinta...insyaallah...


forwardkan mesej ini..

assalamualaikum..


adalah diingatkan bahawa responden merupakan penganut kristian..
cina bangsanya..
namun ako sangat hormat pada dia..
sebab dia mampu hormat orang lain..
dan sangat berilmu..

renung-renungkan..
di mana kita pada mata mereka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan