Isnin, 24 September 2007

seluk-seluk nak simpan akhirnya terkeluar juga..

kecoh bukan perihal video klip hakim..

sukar difahami percakapannya..

bahasa inggeris dengan dialek bahasa ibunda empunya diri..

dan pastilah bila hal ini tersebar, dihebah-hebahkan..

maka watak-watak utama akan menafikan bahawa itu adalah mereka yang di dalam video..

namun kenyataan watak ini, sangat menggelikan hati..

"(Dalam video klip) kita hanya lihat seorang saja bercakap, di sebelah sana telefon kita tidak tahu siapa.. tetapi hakim berkenaan menghubungi saya dan menafikan itu adalah dia dan itu bukan suara dia"


maka pastilah orang yang menelefon itu empunya suara di balik telefon..

kalo bukan dan pasti sahih bahawa bukan..

tak perlulah telefon untuk menafikan, hanya nafi bila ditelefon/ditanya..

"Saya berasa jika mereka betul-betul ikhlas mahu menegakkan undang-undang dan membersihkan sistem kehakiman, perkara ini tidak perlu diperhebohkan. Mereka boleh menyerahkan terus video klip itu kepada polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk disiasat."

"Kenapa perlu bawa perkara ini kepada akhbar dan orang ramai.. jadi kita boleh pertikaikan niat mereka sama ada untuk kepentingan politik atau mahu badan kehakiman bersih?" katanya.



apakah dia tidak membaca suratkhabar mahupun peka akan isu semasa?

bahkan asal usul isu ini pasti dihujung jari kerna portfolio undang2 JPM tergalas dipundaknya..

bagaimana kerusi hakim besar malaya mengambil masa yang lama untuk diisi..

mengapa timbul kontroversi tentang ketua hakim negara..

isu 'konspirasi' penolakan rayuan DSAI..

pasti semua itu dia tahu..

atau saja buat2 tak tahu..

apakah mahu disorok lagi bangkai gajah ini dengan daun pisang?

dan siapakah yang akan dikambing hitamkan?

yang pastinya paklah dan najib menafikan terdapat kepincangan..

walaupun hakim berdemonstrasi minta suruhanjaya diraja ditubuhkan..

untuk menyelesaikan isu kereputan sistem kehakiman, bukan video klip..

oh sistem..

F the system..~!

tiada guna juga..

"Fear waits, for us,
Till the moment is revealed,
Then turns to rust
For the mighty conquered meal
"

[sigh~]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan