Khamis, 25 Oktober 2007

selamat pagi

satu keadaan yang lama tidak ako rasa..

menikmati sinar matahari pagi yang memecah awan..

sambil menikmati segelas teh tarik dan sekeping roti garing..

priceless..



sukacita bagi ako untuk mengosongkan pemikiran ako ini daripada hal-hal persekitaran apabila menjelangnya minggu peperiksaan..

tapi apakah yang boleh dikosongkan jika tiada apa yang tersendal di pojok-pojok halus, dilitupi neuron-neuron yang ketagihan nikotin?

atau sebenarnya ako tak tahu nak tulis apa..

bebanan akibat membaca posting-posting menarik di sekitar blogosfera, menimbulkan tekanan untuk menghasilkan nukilan yang lebih baik..

mungkin begitu..

atau pun ako perlu menetapkan satu tema dan terus menulis tentang apa-apa saja yang berkaitan dengan tema tersebut?

barangkali lensa 50mm dapat menghilangkan perasaan ini..

yang tenggelam bersama getaran suara bidadari, menghangatkan malam yang dingin dan sepi..

2 ulasan: