Khamis, 1 November 2007

pemikiran rambang (2)

bila ako baca blog ini, ako tertarik dengan kenyataan penutupnya..

satu petikan daripada akhbar no. 1 di Malaysia (kot..)

bila ako baca artikel penuhnya, ako dapati ianya dipetik daripada artikel Reuters..

kamo boleh dapati artikel Reuters itu di sini, dan artikel akhbar no. 1 itu di sini..

sesiapa pun yang mempunyai pemahaman bahasa inggeris yang minimalis pun akan tahu akan perbezaannya..

selain daripada para-para yang diringkaskan, terdapat satu para yang telah di cipta oleh penterjemah akhbar no. 1 tersebut..

ako rasa penterjemah tu bukannya individu yang termasuk dalam golongan pembuat sarikata filem, mahupun drama televisyen di dalam artikel ini..

tapi ako hairan bagaimana dia boleh menulis sedemikian rupa?

tidakkah dia tahu bahawa pengaruhnya terhadap rakyat jelata, golongan marhaen yang telah menjadikan akhbar tempat dia menulis itu no. 1 di Malaysia..

dan oleh kerana akhbar itu di dalam bahasa melayu, maka secara umumnya golongan-golongan yang membacanya beragama Islam, yang secara dasarnya kuat melatah..

tidak bertanggungjawab langsung..

adapun sekiranya benar Sepp Blatter berkata sebegitu, maka memang terang, jelas dan nyata akan kelemahan pengetahuan si penterjemah..

kamo boleh baca apa yang ako maksudkan sebenarnya di sini..

dan sila fahami dengan minda yang terbuka..

kerna minda yang terbuka, berfikir sebelum bersuara..

2 ulasan:

  1. sana sini situ.. sume nak kena pegi

    BalasPadam
  2. lemau... sebab tu aku dah lame xlayan akhbar2 'nombor 1' kat malaysia.. sakit hati je baca... kadang2 siap kantoi translate xhabis.. tiba2 ade je 2-3 ayat english yang lupe nak dipadam..
    benda ni bukan stakat quality control la rasanya kan...

    kecewa...

    BalasPadam