mod hiperaktif yang ako terbitkan mungkin telah memakan diri..
cubaan merembeskan lebih banyak andrenalin ke dalam sistem badan..
mengurangkan tidur, dan melakukan aktiviti gila..
meningkatkan pengambilan makanan..
penyerapan nikotin..
juga gangguan rasa..
apa saja yang tertangkap dari ekor mata pasti akan terus mengujakan jiwa..
maka sejak pengkahiran cuti tempohari, simptom-simptomnya semakin melarat..
sesi-sesi sosial kasual merakam satu perasaan aneh..
lebih dari satu..
gadis kecil persis sifat keibuan, namun obses dengan muzik..
juga model sambilan yang mendambakan perhatian..
dan kekosongan ako kerna ketiadaan khabar mingguan..
ah..
sampai bila tersesak..
jiwa merintih penuh hiba..
lepaskan..
bebaskan..
atau ini isyarat abadi untuk ako berhenti menyantakkan had diri?
cukup..
tak tertanggung jasad akan bebanan ini..
yang diperlukan hanyalah satu perasaan selesa..
berbaring atas hamparan kekabu..
merenung langit nan biru..
ataupun melontar pandangan kelautan..
menatap sang matahari pulang..
mungkin lebih selesa jika meluangkan masa senggang..
bersama insan tersayang..
lena dalam dakapan..
praise for the master!
BalasPadam