tempoh-tempoh pengakhiran satu percutian..
satu perasaan yang tidak menyenangkan pabila mengetahui tempoh bersenang-lenang sudah sampai kepenghujung..
lantas menyedari bahawa tiada satu pun perbuatan, perlakuan, mahupun aktiviti yang mampu memberi impak besar untuk diingati bersama..
'dude, wa bosan laa..jom kluar'
"gi mane dude"
'mane2 laa..janji tak bosan'
dan ikan meluncur santai..tidak terlalu laju mahupun perlahan..membelah laluan utama menuju ibukota..bayu malam menampar pipi yang kembung menanggung wasap sarat dengan nikotin..
melencong ke beberapa lokasi tumpuan wargakota di lewat malam..sesak..padat..ketat..
seperti model-model kurus berdada besar (bak kata ahlul fizik nuklear MM)..namun masih tidak dapat menghangatkan malam yang dingin..tatkala para penari shuffle sibuk menghabiskan tapak-tapak kasut, tatkala gadis2 melayu berkepitan dengan benggali putih, berdedai menuju ke hotel-hotel berhampiran, ikan meluncur perlahan ditengah-tengah kesesakan kotaraya..
ya..
gadis-gadis melayu yang perasan bukan melayu, bergaya ala-ala beyonce dan memandang rendah kepada jejaka-jejaka melayu seperti ako yang hanya memandu mobil murahan, dan senantiasa kelihatan di luar liputan dunia fesyen..pfft..
penuh sesak, dengan kencing setan dalam botol yang dipanggil air minuman..berpapahan melintasi jalan..pemandangan yang agak keji pada satu arah dan juga menarik pada arah yang lain..lurah dendam, celah beda, gunung rapat, lapangan terbang, tali genting, bonggol di tepi jalan..akhirnya lepas jua segala rintangan, halangan, dugaan, cubaan..
ah..lega, nikmat, kepuasan...lepas ditepi jalan..
'eh dude, belok kiri..ikut keta depan'
ahh..destinasi tiba, daerah lampu merah kotaraya..tiada botol bergelimpangan, tiada benggali putih dan gadis melayu berkepitan..hanya beberapa penjaja bergelandangan..menjaja apa yang dikurniakan tuhan..mencari sesuap rezeki ketika dinihari lewat menanti..ahmoi-ahmoi, masas mau? service ahchai..itulah bait-bait yang kedengaran..ikan merangkak sambil mata-mata memerhati..vendor pil-pil gagah berleluasa di setiap sudut jalan..juga lirikan jauh mencari peluang dan merampas saat yang mereka yang terlalai..
tiada bangsa yang spesifik disini, juga jantina yang spesifik..semua sama..asal ada not-not merah yang sanggup dihulurkan, jika ada not2 hijau gelap ianya lebih bermakna..dan pabila semua sudah terjamu, maka beransurlah ke luar kota, mencari kudapan penutup mata..
dan persoalan itu kembali menjelma..
apakah perbezaannya mereka di lorong gelap ini dengan yang di pusat tumpuan warga kota dinihari??
kalau zaman dulu-dulu(xtau bile)..haha...
BalasPadamkt jepun.. lelaki2 yang ade status.. pg ke social clubs mereka yang dihiasi dgn lampu yang dibalut kertas n kain merah nk lari dari terpaksa melayan isteri dan gundik2 yang panjangnya bermuka surat list nye... sambil dilayan perempuan yang bukan dlm list gundik atau bini....
sambil mensettlekan urusan business atau politik masing2.
ape beza dua tu?
kehidupan. sama je kot.
dua2 nak lari dari reality.
cumanya satu tu berpura2...
satu lagi menjual ape saja yang ade utk hidup??....
ntah.
berenti bawak ikan. jadik rempit sudah...
ngahaha
rempit?
BalasPadampagi2 sejuk bhai..
nanti kilang tak produktif..selalu terdedah kepada persekitaran yang tak kondusif..
mana boley~