Isnin, 10 Disember 2007

sebuah epik kepenatan

[AMARAN: posting ini masih berformatkan sepertimana yang tertera pada 'thought filter'..jika ingin sekali memahami, tanya empunya cerita-ceriti..kerana ini juga ako telah kenselkan segala aktiviti]



orang kata;

jauh perjalanan, luas pemandangan

tapi kalo persekitaran gelap gelita..

lagi luas mulut terbuka..

melimpah semua air telaga..

dan bunyi-bunyian bergema..

1

satu perjalanan yang panjang..

dan tayangan gambar yang mengujakan mata-mata yang kuyu..

dan khayal dek olengan bas..

"uncle, kasi berenti dulu lah kalau ngantuk"

'tak, tak, tara ngantuk punya'

dan teruslah meluncur..

dan mengoleng..

tengah, tepi, tengah, eh, tepi balik..

dan akhirnya mengalah..

tewas..

mencari kedamaian barang seketika..

melegakan jiwa-jiwa yang gundah gulana..

2

kata-kata otai kepada otai lama..

'kalau tak boleh terima semua, jangan tolak semua'

benar..

memang tersangat membantu..

jiwa yang memberontak, yang membentak..

dapat diikat..

daripada terus meluahkan kata-kata penuh kontroversi..

membakar pesara kerajaan..

menyusahkan hari-hari mendatang..

propaganda semuanya~!

penafian yang menutup tipu helah semata!

ah! dusta~!


tersuratnya itulah yang ingin diperkata..

teliti yang tersirat, ada maksud sebenarnya..

supaya sedar segala umat remaja..

yg berketi laksa banyaknya..

agar peka akan keadaan sekitar mereka...

3

kawan, rakan, teman, member..

tanpa mereka siapa kita?

tiada terbina menara cita-cita..

lantas tenggelam kedasar tasik hiba..

hanyut semua istana bahagia..

usah sombong, usah abaikan..

walau bagaimana pun kamo, sahabat pasti akan menghulurkan tangan..

menyokong kamo menngapai impian..

menarik kamo dari terus tenggelam..

membantu kamo mengindahkan istana impian..

4

bersantai berjalan-jalan..

menikmati keindahan alam..

bersama rakan, yang kelat tiada terasa..

yang tak tertahan hilang jua..

walau di balik pokok renek..

ada juga yang sudi menjaga..

dan dengan rakan jua, senak itu masih terasa..

masakan zebra boleh meratah singa..

dan lembu melabur seperti kucing gayanya..

memori pasti akan senantiasa bersama..

walau angin dan rintikan hujan masih menerpa..

5

segala permulaan akan tetap berakhir..

seperti hidup ini dan juga perkara lain-lain..

pertemuan berkahir dengan perpisahan..

terimakasih segalanya..

sahabat, rakan, teman...

biarpun berbahang, tetap kita teruskan perjuangan..

'usah ditanya mengapa mendung dilangit, tanya hati dimana kejayaan menanti'

pria pujangga

1 ulasan: