Sabtu, 15 Disember 2007

sekadar catitan dikala meluruskan badan..

ako seperti kepenatan..

hari-hari yang ako lalui terasa begitu pantas berlalu..

"tuhan telah mencipta masa, yang mengalir seperti air..dan kita perlu menceduknya untuk dimanfaatkan, ataupun ianya akan berlalu begitu sahaja tanpa boleh diulang kembali"

begitulah intipati ucapan dari mimbar..

ya..

ako menghayatinya secara langsung..

live and loud..

tak perlu mengklik pautan-pautan atas talian..

mahupun menonton melalui reseptor gelombang RF berkuasa tinggi..

ntahla..

semakin pantas ianya terasa..

barangkali ako tidak menggunakan gayung ataupun timba..

sekadar menyauk dengan telapak tangan..

***

sesi fotgraphic jiwa..

pergi mencari ilham di banglo merah di pusat bandaraya..

abstrak, coretan, stensil..

semburan..

ekspresi melalui gentelan, layangan, binaan patung dan arca..

tapi ako terasa gundah gulana..

setelah terbang khayal tinggi dalam jelingan..

pautan dan dakapan..

aksi dan bayang..

lukisan atas cahaya..

melimpahi fabrik halus persalinan..

dipayungi sepasang sayap..

dan pabila panggilan tak berjawab..

pesanan tak berbalas..

kebebasan sementara tersentap..

mencari ako..

suara-suara yang ako rindu..

***

terlalu meluas rasanya penggunaan perkataan ini..

pukul habis semuanya..

gadis, wanita, yang teristimewa, chenta, sayang..

semuanya menggunakan perkataan..

bidadari..

terasa dah kurang istimewa..

kurang signifikan..

kurang..

maka tiada lagi bidadari buat ako..

hanya ada cik ESK..

kenapa ESK?

hanya ako dan dia saja yang tahu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan