"respect is earned, not given"
itu bukan kata-kata pujangga..
mahupun petikan dari mana-mana filasuf..
hanya bisikan nasihat seorang rakan..
Phi adalah rakan yg sama bergelandangan dalam kamar kegelapan..
kurus, putih, dan agak stoned sedikit..
kipas susah mati genre grunge..
percakapan beramaran yang penuh nasihat..
setelah luahan perasaan terhadap penguasaan abang-abang botak..
'diorang nak respek je' ujar Phi.'at least respect diorang as seniors'.
...
respect, bagi ako itu adalah sesuatu yang asing pada ketika itu..
perjalanan hidup yang mudah..kemasyhuran hampir digenggam hanya kerana berada di tempat dan masa yang betul..orang hormat ako sebab ako ada di dalam scene yang paling cool..maka bagi ako mereka yang lain ini amat picisan..
Punk? Skinheads? bagi ako pada masa itu, mereka hanyalah a bunch of losers..sesuatu yang dah ketinggalan zaman, tak cool..
dan tercampaknya ako ke kamar kegelapan meletakkan ako kembali ke dunia realiti..
'ko fikir ako suka ke dengan budak-budak hiphop macam ko sen?' Phi tanya ako satu hari..
'gelabah je lebih, merapu-rapu', kata Phi..ikhlas..kalau ikutkan jiwa muda yang membara, ako dah maki dengan segala kosakata carutan yang ako tahu..
tapi sebelum sempat kata-kata itu ako hamburkan, Phi bersuara,'tapi ako hormat ko sebagai kawan, ko kawan baik ako'.
ya..
dia kawan baik ako..makan, belajar, dan hampir tidur bersama (cerita lain)..dan kerana terlalu banyak persamaan ini juga ako hampir putus sahabat dengan Phi (lain punya cerita lain)..
jadi ako tersedar..ako perlu membuat pemeriksaan realiti..di mana ako kini?
...
malam itu pertelingkahan yang besar berlaku..
kamar kegelapan kecoh, ribut, porak peranda..
dan Si Dagu Panjang cedera teruk akibat pertelingkahan..
'Mat Batu memang tak patut', kata Samurai Sesat sambil menyalakan rokok..
'ako ingat dah settle haritu?', tanya ako sambil berkongsi sedutan..
'itu dengan ko, ni lain', sambut Samurai Sesat..dos nikotin di hela lagi..
'tapi ako respect dengan korang ah', terpacul ayat itu dari kabut yang menebal..'fight sampai abis', sambung dia lagi..
dan respect itu sudah diperolehi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan