Isnin, 28 Januari 2008

ako tak peduli..kamo? (ayat pinjam)

bila ako baca nukilan ini dan komentar-komentarnya, ako agak terasa..

kenapa?

barangkali kerana ako ada dslr, memakai kemeja-T label bebas, dan juga menulis blog dalam Bahasa Malaysia (dan sangat terasa bila ada komentar itu mengatakan buka blog, tulis sajak/gurindam/puisi dan Bahasa Malaysia mereka entah apa-apa)..

kalau diikutkan darah muda, nafsu jantan, terus terang ako cakap ako tak puas hati dengan kenyataan itu..tapi bila digerakkan minda yang masih waras ini, apa gunanya ako bising-bising..kalau ako melenting, lagi orang suka..

pendapat itu seperti lubang dubur, setiap orang ada satu (yuzy, 2007)..kamo ada lubang kamo, ako ada lubang ako..lubang ako bukan lubang kamo..saiz tak sama, kelawasan pun tak sama, apatah lagi yang melaluinya (darjat benda itu rasanya tetap sama kot, tak tahulah jika keluaran itu bersepuh emas kilau 24k)..

maka peduli apa ako, ako menulis untuk meluahkan (express)bukan menunjuk (impress)..dan ako tulis dengan cara ako, kerna ako adalah ako..

jadi biarlah kalo semua orang nak menulis blog dalam Bahasa Malaysia, baik kerana mahu menjadi cool kerana SDN itu cool dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik sekali, mahupun kerana memang mahu menulis dalam Bahasa Malaysia sebab kamo rasa dah peluang untuk menulis dalam Bahasa Malaysia semakin kurang, ataupun atas apa-apa saja alasan, maka silakan..

dan juga biarlah mahu memiliki dslr kerana mahu kelihatan seperti insan seni, mudah memasuki gig dan mendapat laluan ke hadapan pentas, ataupun memang kamo mahu mendalami ilmu fotografi, menjadikannya hobi yang mampu memberi kamo rezeki, atau atas apa-apa saja alasan, maka silakan..

bukankah itu merupakan trend masakini..

atau barangkali kamo irihati?

kasihan.. ^_^!

dan terimakasih..

14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. x, serious x irihati. Jauh sekali mendengki.

    Hanya menyokong kata2 MM yang bagaikan mendengar suara isi hati aku yang sekian lama terpendam.

    Jgn buat aku rasa bersalah kerana mempunyai pendirian yang tetap...?

    BalasPadam
  3. camnilah, kita tak tau dia siapa, tak tengok dia macam mana...

    so, buat tak reti je. kau kawan aku maka bagi aku kau adalah best buat selama-lamanya. dan aku tak rasa dia tujukan pada kau pun.

    bukan ke dia mengadili semua orang?

    tak perlu peduli. dia bukan tuhan. period.

    BalasPadam
  4. ya..

    dan ako jugak bukan panas hati atau yang seangkatan dengannya..

    tercuit sedikit dan juga terasa..

    dan perkara yang sama ada juga ako bincangkan dengan sahabat2 ako..

    remaja sekarang kan trendy..maka apa boleh buat..kadangkala perkara yang kita dah lama buat dan orang baru start ikut, pastu orang lain kutuk, maka sebagai insan yang lemah lagi hina, pasti ako terasa..

    tipulah kalo ako tak terasa apa2..

    maka, maaf kalo mengguris perasaan..

    cuma dah bosan dengan keadaan..

    BalasPadam
  5. Masen ko terasa apsal?Ala standard lah benda tu sume.Haha.

    BalasPadam
  6. terasa sebab perkara yang telah berlaku berulang kembali..

    BalasPadam
  7. Ala sekurang-kurangnya ko tak makan cup cake.Ok apa?

    BalasPadam
  8. bakal makan kot..

    ahahaha..

    orang belanja, sapu saja..

    BalasPadam
  9. rilek je masen. aku pon ada dslr (tapi aku tak bawak pegi gig amek gamba kugiran). aku tak terasa pon dgn kata-kata MM tu. why so serious? (pinjam ayat Joker dalam movie Batman baru, bukan plagiat tau).

    bukan sebab poket tebal dgn duit maka aku beli dslr. tapi sbb minat. kalo org minat kereta pon boleh habis ribu2 dia tukar rupa kereta tu sampai jadi rupa kapal terbang pun boleh. ini pulak dslr entry level utk beginner dgn lens yg tak berapa canggih. tu pun ikat perut gak nak beli. kenapa org laen nak gelabah sgt pandang serong? chill je masen.

    tapi apa2 pun, kalau cupcake yang member buat, aku akan makan. makanan tuh. jangan membazir.

    BalasPadam
  10. iye masen.
    aku akan present prkare ini dlm klas oral english ku.
    to prove it, aku juge telah meng-intebiu rmai org temasok eman.
    jgn risau. i wil betulkan persepsi org terhadap perkare ini.
    (at least lecturer n klasmate aku je..walopun x rmai, tp mreke buleh sebar2kan, btol x?)
    ceywah~

    BalasPadam
  11. hadey..walaupun main point bukan kerna dslr, tapi ako terharu dengan respon korang..

    terimakaseyh sahabat..

    terimakaseyh~!

    BalasPadam
  12. ngeh, rileks. tp, hoho.kemarahan yg honest. st anger.

    BalasPadam
  13. rilek-rilek.
    itu hanya pendapat aku sahaja.
    tidak ditujukan untuk sesiapa ok?

    BalasPadam