Isnin, 18 Februari 2008

perihal seorang sahabat

sewaktu catitan ini tertulis, barangkali subjeknya telah selamat sampai di tanah semenanjung yang penduduknya terpisah dek ideologi yang berlainan..

baik..

seorang sahabat yang pada zahirnya memang berbeza daripada ako, baik dari susuk tubuh, jarak penglihatan, dan juga gaya penampilan..

(ya, selalunya dia lebih bergaya dan segak serta mempnyai susuk tubuh yang lebih sukar untuk diterbangkan angin jika dibandingkan dengan ako yang sekeping ini, akan tetapi penglihatan ako 20/20, terima kasih)

perbezaan, rasanya hanya itulah yang ako nampak..hinggalah akhir-akhir ini..bila difikir-fikirkan, diimbas kembali memori-memori lampau, sememangnya banyak persamaan antara ako dan dia..

hobi yang seakan sama, kecenderungan kearah sukan yang sama, genre muzik yg hampir sama (mungkin tidak lagi)..boleh kata begitu banyak sekali persamaan namun entah kenapa ako dibutakan daripada melihatnya dan memfokuskan kepada perbezaan semata-mata?

mungkin hanya kerana sedikit perselisihan faham, ako agak jauh hati (ketika itu), dan agak emo (ako rasa dia juga begitu, tapi tak tahu lah) maka hati ini terjauh, dan ditambah semangat persaingan antara sekolah kami (ya, sekolah yang berbeza tapi di bandar yang sama) maka terus terpisah..

namun jika satu saja titik hitam itu, mengapa cahaya persahabatan lalu boleh begitu kelam sekali..dan bila ako kenang kembali saat-saat itu, ako seakan kurang percaya apa yang berlaku kini..saat ako menyelongkar gerobok, dan terjumpa buka nota matematik peninggalan 10 tahun lalu, cakera padat permainan syndicate plus, himpunan piksel potret digital 'gath' yang dapat di selamatkan daripada cakera liut yang tamat hayat penggunaannya..

tersenyum sendiri ako hingga membuahkan seribu pertanyaan yang mempunyai makna yang satu...

apa sebenarnya berlaku?

entah..tapi hingga saat ini kadangkala ako terasa janggal, ada rasa serba salah yang ako sendiri kurang pasti apakah puncanya..

jejari masa tidak boleh diputar untuk kembali ke zaman itu..

maka ako pinta agar kekal persahabatan ini dan tidak berulang kesilapan lalu..

semoga berjaya sahabat..

3 ulasan:

  1. ohh..baru aku sedar..

    smoge berjaye kepada kamu berdua

    BalasPadam
  2. :)

    semoga berjaya jugak.

    bukan hati ini yang menjauh,
    bukan hati itu yang menepis;
    ini ujian persahabatan utuh,
    yang tak putus walau dikalis.

    p/s: aku mahu piksel-piksel klasik yang tidak dimamah usia itu jika tidak keberatanlah.

    BalasPadam