"tak perlu kamo letakkan sumpahan kepada ako, kerna ako memang di bawah sumpahan kamo", kata ako..
"aku tak pernah letakkan sumpahan kepada sesiapa, kamu yang letakkannya ke atas ako", kata dia..
dan kita sama-sama di bawah sumpahan satu sama lain..
sumpahan yang berlingkaran bak cincin di jari..
rumit untuk dirungkaikan, memberi bekas jika di biarkan..
mungkin kerna itu ako (dan mungkin juga kamo) merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak pasti timbul di sudut hati kebelakangan ini..
dan ketidak pastian itu membuatkan timbulnya ketakutan..
ketakutan kepada sesuatu yang indah, di cemari titik-titik hitam..
titik-titik yang cuba dihilangkan sebelum ini..
adakah ianya kesan sampingan pertuturan bahasa hati?
suatu bahasa yang misteri, berlapisan, ada makna dalam makna dalam makna..
sukar untuk kamo fahami, dan juga ako..
intrepretasi berbeza, kamo pasti faham kesannya..
namun hikayat dalam bahasa hati ini menarik..
dan kesudahannya tidak boleh dijangka, baik secara logik, mahupun gerak hati..
hanya kepercayaan mampu menjadikan impian itu suatu mimpi yang nyata..
hulurkan kepercayaan kamo..
nescaya akan ako hulurkan kepercayaan ako..
'sudikah kamo berdansa dengan ako?'
i like this..
BalasPadamkalau english kita panggil grammar. oih tatabahasa sila jaga.
BalasPadam