Rabu, 12 Mac 2008

helo! bangun-Lah

hampir seminggu sudah PRU12 tamat..tapi aftermathnya masih berlarutan hingga kini..keegoan kepimpinan BN, keterujaan BA..

analisis politik pula ada macam-macam versi..baik dari pihak pro-BA, dan juga pro-BN..'rakyat sudah bersuara', kata satu pihak..'makkal sakhti', kata pihak yang lain..'we've lost, we've lost', kata paklah..'masih relevan, dan kami menang', kata pihak menang..

nak tau dengan lanjut lagi, boleh google sendiri..

apapun bagi ako, everything happens for a reason..dan pastinya keputusan kemenangan berpihak kepada BN tanpa majoriti 2/3, mempunyai hikmah-hikmah tertentu..patutnya, satu muhasabah diri (parti?) besar-besaran harus dilakukan..kaji dan selidik (guna duit parti, hands off from our tax money) untuk mengenal pasti di mana silapnya? dasar-dasar yang dibuat? perlaksanaan? individu? parti-parti komponen? ataupun barisan itu sendiri?

ya, barangkali itu lebih elok..tak perlu berhabis masa, tenaga dan wang ringgit, mengerahkan mesin-mesin propaganda serta doktor-doktor pemutar supaya bekerja kuat..habis segala media massa digunakan untuk menaikkan rasa takut rakyat atas kekalahan barisan..ini pilihan rakyat..terimalah saja kekalahan, perbaiki kesilapan..

adapun modal-modal lawan barisan adalah isu-isu semasa yang relevan..keselamatan, kos sara hidup, pembangunan seimbang, semuanya isu-isu yang begitu dekat dengan golongan marhaen, bukannya isu-isu berbaur peribadi, memburukkan orang lain, serta lambakan janji bernilai ratusan juta ringgit dalam bentuk wilayah pembangunan yang tidak akan nampak hasilnya dalam jangkamasa 2-3 tahun..10 tahun pun belum tentu nampak (dan belum tentu berjalan seperti yang dirancangkan)..

haih..itu belum menyentuh golongan-golongan muda..

ya..golongan muda yang pertama kali mengundi pada PRU12 ini benar-benar memberi impak yang besar kepada barisan..mana tidaknya, golongan muda, terutamanya melayu, yang menetap/bekerja/belajar di bandar, terdedah kepada sumber berita alternatif, seperti berpakat menyokong pembangkang..apa sebabnya?

mudah..perasaan sakit hati kerana mereka dipinggirkan oleh sayap pemuda umno itu sendiri yang lebih gagat untuk membela nasib mat rempit, rebrandingkan mereka menjadi mat cemerlang..apahal? apakah tiada tempat untuk golongan-golongan muda berintelek ini untuk menyalurkan pendapat mereka?

begitu juga dengan dolak dalik pimpinan yang tak habis-habis memomokkan rakyat dengan kenyataan tentang percakaran kaum, tapi samping itu, menyeru supaya semua kaum bersatu padu..begitu bertentangan sekali kenyataan itu..maka golongan-golongan muda kini sedar, pimpinan kini sudah tidak relevan, lumpuh, harus diganti..

maka dalam masa 5 tahun ini, bersama-samalah kita memerhatikan keadaan negara kita dengan baik, dengan teliti..baik kerajaan barisan nasional, juga barisan alternatif..gunakan segala sumber yang ada, tapis segala maklumat berbaur propaganda..dan apabila masanya tiba, gunakan kuasa..

*lama juga ako tak tulis sesuatu yang serius..rasa kekok pula..dan ini pertama kali ako draft posting..*

2 ulasan:

  1. heh.. senang AKU jadi 'mat cemerlang' yang patuh pada cakap ibubapa dari fikirkan politik yang tidak berkesudahan ni.

    BalasPadam
  2. slmt berkenalan... (^_^)

    ur post is very relevant...now its time to seat n discuss on own fault not blaming others...to the one who has been given the mandate, start working, not making ruckus with bloody statements n boycotting...

    yeah!! MALAYSIA tetap negaraku....

    BalasPadam