Isnin, 24 Mac 2008

kesetiaan pada raja dan negara

buka surat khabar, buka tv untuk berita jam lapan, cerita yang sama..wawancara bersama pakar, turut bicara tentangnya..blog-blog di internet, juga kisah yang sama..forum-forum sosial, turut berdiskusi tentangnya..sampaikan bulletin board friendster pun ada tertulis mengenainya..

perebutan kerusi menteri besar, hak melayu, DEB..

pusing-pusing, pung pang pung pang, la ni balik kt situ juga..naik bosan, tak habis-habis tuntut itu ini, memihak kat orang itu ini..hey, come on lah~!..hentikan bergaduh dan mula bekerja..rakyat undi kamo semua untuk kamo bekerja, bukan untuk rebut kuasa..ini tidak, semua bercakar, baik UMNO, PIS-M, PKR, mahupun DAP..

sama semua..baik pembangkang, baik kerajaan..

sekarang ni pulak, akibat daripada keputusan PRU12, rasa hormat terhadap Sultan sudah berkurangan..bukan main selamba bantah, bukan main lantang membetah titah..apekah? ingat bila mereka sudah berkuasa, maka Sultan patut tunduk pada kehendak mereka? Mereka boleh tentukan apa yang Sultan boleh atau tak boleh lakukan?

kenapa tidak boleh dilakukan perbincangan dibelakang tabir..ya..kerajaan pusat boleh mencadangkan nama untuk menteri besar, akan tetapi ianya terserah kepada Sultan untuk melantik siapa yang akan memegang jawatan tersebut..maka, apabila Sultan memilih orang selain daripada orang yang di calonkan kerajaan pusat, maka pasti ada sebabnya..

mengapa pula melenting? mengapa pula perlu berdemo, memboikot? apakah orang melayu kini sudah hilang kesetiaan kepada Sultan mereka? Derhaka? apakah 22 orang DUN di Terengganu cuba menunjukkan tentangan terhadap pihak Istana? sedangkan Datuk Idris sendiri menghormati keputusan tersebut?

tak bolehkah sekiranya mereka duduk semeja berbincang tentang sebab-musabab pihak Itana mengambil keputusan tersebut? atau mereka mempunyai kepentingan tersendiri (mungkin untuk diri sendiri) yang berselindung di belakang kepentingan parti?

dan apa pula dengan kerajaan pusat? mengapa disebabkan isu ini, calon pilihan Istana dilucutkan keahlian parti? mengapa tekanan diberikan? apakah yang cuba disampaikan oleh pucuk pimpinan UMNO? adakah mereka lebih berhak menentukan siapa yang layak memegang jawatan menteri besar berbanding pihak Istana sendiri?

dan daripada isu ini (dan juga isu MB Perlis ), adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan pusat lebih berkuasa daripada Sultan-sultan bagi setiap negeri? dan andai kata Sultan mahupun pihak Istana tidak memenuhi permintaan mereka, maka tindakan Sultan/Istana itu tidak mematuhi perlembagaan?

wow..rasanya kalau ianya benar, maka secara terang-terangan Sultan/Istana tidak mempunyai apa-apa kuasa langsung..hanya sebagai lambang tradisi, lambang ketuanan melayu, sedangkan ketuanan melayu itu sendiri tidak wujud...

yang wujud hanyalah ketuanan UMNO, ketuanan BN..dan benarlah kata-kata mereka itu..

Daulat Tuanku

7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ini semua ankara pak lah yang dianggap mereka sebagai orang yang tinggi ilmu agamanya. Kunonnya pak lah ni ada darah sheih dan ulama. tengoklah apa dah jadi. Sultan pun nak dibantahnya.

    BalasPadam
  3. kita tak nak kuasa.
    tak penting siapa yang dipilih.
    haha.
    yeah right.

    BalasPadam
  4. dan daripada isu ini (dan juga isu MB Perlis ), adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan pusat lebih berkuasa daripada Sultan-sultan bagi setiap negeri? dan andai kata Sultan mahupun pihak Istana tidak memenuhi permintaan mereka, maka tindakan Sultan/Istana itu tidak mematuhi perlembagaan?




    bukan isu perlembagaan, since the constitutional is silent on this matter. yeah, it's true that a ruler or ydpa has the power to appoint pm/mb by virtue of Article 40 (or 40+, go and check), where the ruler may exercise his own discretion.

    nonetheless, isu perlantikan ini harus berlandaskan kepada polisi setiap parti juga. i'm not siding any one tau. but this has been the practice.

    what i'm trying to enlighten here is that this is not a constitutional issue, rather than political issue.

    yeah, man made law is full of flaws, admittably.

    pak lah ada agendanya tersendiri kenapa dia mau kekalkan idris jusoh itu. dan i think most of us has already known about this, kan sayang?

    BalasPadam
  5. ya ixa

    walaupun berlandaskan polisi parti, tp kalo sultan sendiri yg pilih, maka itulah yg patut kita ikut kan??

    it has never been a constitunal issue pun..just the mainstream media aka BN owned media, yang sengaja memperbesarkan isu ini dan mengaitkannya dengan perlembagaan..

    dan..err..ako tau kamo sayang ako..tp ako sayang...erm..i think most of us already know who..

    :P

    BalasPadam
  6. bukanlah. i mean, even the sultan pun has no power to interfere with the party's policy.

    geds. amboi time single... sayang la. darling la. nak kena report kah. saya ini kakinya retort.

    BalasPadam
  7. ya ya..tp kalo Sultan dah pilih selain daripada calon parti?camne?

    apakah Sulan patut mengalah?

    alaa..kamo pun begitu juga kan? ako ni kaki retort juga ketika itu..

    hehehe..jgnla majuk~

    BalasPadam