Rabu, 9 April 2008

apa lagi Lah?

tak habis -habis..

apa lagi yang cuba di sembunyikan?

selepas forumMYKMU 1 April yang lalu, pelbagai kutukan dan kritikan dilemparkan..malah, selepas kenyataan ini dikeluarkan oleh menteri mesra blogger, bagai ada gelombang kecil, 'Mahathir Bashing' kata penganalisa politik tempatan, timbul [1][2][3][4]..

dan ianya semakin menarik apabila cip besar mereka sendiri, sasaran utama, melakukan serangan balas terhadap kenyataan-kenyataan Tun sewaktu sesi penerangan bersama presiden UMNO di PWTC, Ahad 6 April..

maka Tun pula menghantar salvo terbaru beliau sewaktu majlis fikir-fikirkan di Hotel De Palma, juga pada hari yang sama, untuk menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan serta memberi sedikit 'juicy tidbits' untuk dikongsi bersama..

dalam ako membaca artikel2 ini, ako terfikir, apekah tiada cara lain? apekah tiada cara lain untuk menyelesaikan permasalahan ini selain daripada berperang dengan kenyataan-kenyataan di dalam media massa (yang sudah tentunya diputar oleh dokter-dokter pemutar)?

berani kerana benar..andaikata pucuk pimpinan tidak bersalah, dan perlu dibuat EGM bagi mencari punca permasalahan, maka buatlah..post mortem bersama ahli, susah sangatkah?..mengapa perlu berdolak-dalik dgn isu-isu lain, seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan? adakah paklah, mahupun kepimpinan dibawahnya gentar? ataupun semua ini adalah atas arahan tingkat4 suapaya mereka boleh meminimakan kerosakan sampingan (collateral damage) keatas diri dan harta mereka?

dan juga ako tertanya-tanya, kemana perginya suara pemuda PAKEMBA? kemana hilangnya suara-suara orang-orang muda yang dahulunya cukup berani, dan digeruni kawan mahupun lawan? adakah kini para pemuda telah hilang identiti perjuangan mereka yang berpaksikan agama, bangsa dan tanah air, dan kini berpaksikan harta, kedudukan, dan jawatan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan