Ahad, 13 April 2008

apakah kamo lihat apa yang mereka mahu kamo lihat

apabila hari-hari kita disogokkan dengan berita-berita seperti;

a) ketuanan melayu terancam
b) impak buruk bela babi besar-besaran
c) paklah masih mendapat sokongan

sedikit sebanyak akan terpengaruh juga golongan marhaen macam ako ni..ya, seperti seorang rakan ako yang berkata,
'kalau dari kecik kita diajar tentang perkara A sahaja, maka die grad hanya mengiyakan perkara A saja'

'dan media negara kita pula membaja lagi pemikiran itu di segenap ruang fikiran rakyat malaysia supaya perkara A saja yang betul, dan membenarkan perkara A adalah satu tindakan spontan, tindakan luar sedar, walaupun mereka tahu ada perkara A itu tak selalunya benar..

sebab itulah, walau apapun tindakan yang dibuat, yang agak berbeza daripada apa yang mereka percaya, daripada apa yang mereka pegangkan, maka mereka akan membantah, melatah, dan marah..

dan media memainkan peranan dengan memainkan isu-isu sensitif, kenyataan yang memperlekeh sesetengah pihak, memperbesarkan isu-isu remeh supaya kebenaran itu dikaburi..

oh, itu belum masuk lagi hal-hal mereka yang terlalu taksub dengan pihak ini dan itu..maka segala apa pandangan yang bertentangan dengan pandangan mereka langsung di tolak, langsung tolak semua, sampah, najis, tak boleh pakai punya pendapat, anjing!

maka di sini, di pojok ako ini, ako ingin berkongsi sedikit pandangan (ya, lagipun tempat ako, kerajaan ako, ako boss, ako lah presidennya, ako lah rajanya, ako-lah diktatornya)..

***
(isu ini isu panas..tak boleh tidak ako kena tulis)

sesungguhnya telah dikelabui mata orang ramai tentang perlaksanaan projek penternakan babi moden di sepang..peranan media, baik media cetak dan elektronik, semuanya memainkan peranan hebat dalam mencerminkan keburukan projek tersebut..teruk sangatkah sekiranya projek penternakan babi moden dilaksanakan? apekah dengan cara perternakan babi moden ini, masalah2 yang menjadi isu seperti bau busuk, taik babi dibuang dalam sungai dan mencemarkan sumber minuman, masih tidak selesai?

ini ladang moden, macam dekat jerman, dekat jepun..semuanya diuruskan secara moden, dari ternak babi, uruskan taik babi, sembelih babi, dan proses daging babi..yang masuk adalah makanan (dedak babi) dan yang keluar juga makanan (daging babi)..tiada buang taik babi dalam sungai (ya, ladang ini ada kolam taik babi sendiri), dan juga tiada babi dibawa keluar masuk dari ladang, lalu kampung orang..dan projek di sepang ini juga adalah projek ternakan berpusat..semua ladang babi kat selangor, di kumpulkan kat situ, tempat lain tak boleh buat ladang babi (kalo ade, hukum tembak dan bakar)..

dan itu pun di bantah, atas alasan mencemarkan alam sekitar, menyusahkan penduduk dengan bau taik babi..oh, gamaknye mereka lebih gemar sekiranya ada kandang-kandang babi bersepah-sepah seluruh negeri, belakang rumah 10 ekor, celah lorong lagi 10 ekor..lepas itu, najisnya disalur terus kedalam sugai, dan air sungai tersebut disedut terus oleh loji bekalan air mentah, lalu disalurkan ke rumah-rumah rakyat selangor, syabas~!

(oh, info pasal babi ni semua? google beb, kata celik IT)

***
(perkara ini berlegar diminda ako, pasca seminar anak muda)

apabila jatuhnya 5 + 1 negeri dalam PRU12 yang lalu, pelbagai teori timbul tentang punca kegagalan BN memperolehi 2/3 undi majoriti..peranan media alternatif, peralihan undi anak-anak muda, sabotaj, faktor kuasa jahat, KJ (pinjam ya Neem), dan sebagainya..dan suara-suara mula timbul supaya satu perubahan dilakukan agar BN, umumnya, dan UMNO, khususnya, tidak berkubur menjelang PRU13 nanti..tapi agak lucu bila ako bandingkan laporan media umum dan media alternatif..seperti ada perbezaan tentang sokongan terhadap kepimpinan Pak Lah..paling ketara adalah laporan mengenai perjumpaan Pak Lah dengan bahagian UMNO Johor..media alternatif menyampaikan laporan bahawa Pak Lah diminta menjalankan langkah peralihan kuasa secara 3S (structured, smooth, speedy)[1][2]..dan Pak Lah sendiri mengakui bahawa beliau juga merupakan salah satu punca kekalahan BN..akan tetapi, media umum masih tidak henti-henti memutar cerita, mengatakan bahawa Pak Lah masih mendapat sokongan penuh akar umbi[3]..

apekah? mengapa masih memperlihatkan bahawa Pak Lah masih mendapat sokongan sedangkan beliau sudah mendapat kata dua untuk meletak jawatan? mengapa tak dinyatakan saja? andai untuk menjaga muka, maka lebih elok jangan ditulis terus..ya, jadikan mesyuarat itu sebagai mesyuarat tertutup..no media, no coverage..

mungkin dokter-dokter pemutar ini mengharapkan agar apabila ternyata Pak Lah meletak jawatan, maka akan berduyun-duyunlah orang memujuknya supaya jangan meletak jawatan? dan akan berlakulah perhimpunan resakse memujuk Pak Lah supaya jangan bersara? dan apabila berlaku penangguhan itu, maka pihak-pihak berkenaan akan dapat memindahkan aset-aset mereka keluar negara sepertimana yang dilakukan Tun Daim ketika zaman Tun Dr Mahathir?

kemudian pula, ketuanan melayu dicanang-canangkan..hampir kesemua media massa menyiarkan tentang perhimpunan perpaduan melayu..semua isu tentang melayu di keluarkan, NEP, kuasa politik melayu, dan lain-lain (malas ako nak tulis semua)..maka umat melayu (penegasan kepada perkataan umat), perlu mempertahankan ketuanan melayu, dan juga hak-hak melayu yang termaktub di dalam perlembagaan..

ok, suka cita ako nak petik ayat penulis ini;
Ketuanan orang Melayu hanya dapat dipertahankan dengan semangat kebangsaan bukan semangat bangsa. Mempertahankan ketuanan orang Melayu bukan terletak pada dasar atau polisi kerajaan. Ketuanan orang Melayu bergantung pada bagaimana orang Melayu hendak dilihat dari kacamata orang bukan Melayu. Nilai kebangsaan mesti dihadapan. Penghormatan bukan suatu yang diwarisi tapi deperolehi dari masa kesemasa.

tulisan ini adalah satu cermin diri yang paling bagus untuk orang melayu..ya, hak orang melayu, ketuanan melayu, sudah termaktub dalam perlembagaan..dan orang-orang bukan melayu juga tiada masalah dengan perkara tersebut, dari zaman melaka sampai sekarang..maka selagi tiada perubahan kepada perlembagaan yang berkaitan dengan perkara tersebut, maka usahlah dibimbangkan..

apa yang perlu orang melayu (yakni kita) lakukan adalah memperkasakan bangsa melayu, serta menaikkan semangat kebangsaan dikalangan orang melayu supaya kita semua boleh bekerjasama dengan semua orang agar Malaysia menjadi aman, makmur dan sejahtera..tunjukkan bahawa kita sebagai orang tempatan, golongan bumiputera mempunyai kelebihan, kebijaksanaan, dan juga keberanian untuk meneroka bidang baru, berjaya dalam segala apa yang kita ceburi, bersemangat waja, dan berhak menjadi tuan di tanah tumpah darah kita..dahulu kita boleh membina empayar yang gagah perkasa meliputi asia tenggara, sehingga mampu mencekik venice, mengapa tidak kini? mengapa melayu terus layu?

jawapannya ada dalam hati-hati kamu..

8 ulasan:

  1. Hati aku cakap pergi mampus sama ketuanan melayu selagi melayu sendiri tidak bertuan tetapi bertuhankan duit.

    BalasPadam
  2. obtained more [honest & true] info here rather than consuming entirely what the media fed us with.

    good one.

    BalasPadam
  3. yuzy: mana2 manusia tak kira bangsa pun bertuhankan duit. cuma kita nampak pekung di dada sendiri sahaja. ;)

    BalasPadam
  4. Saya bosan tengok berita hari2 ada je berita "Pemuda/pemudi/ahli bahagian X memberi sokongan penuh kepada Pak Dolah."

    Muntah.

    BalasPadam
  5. 1. hakikat manusia kat dunia memang ber'tuhan'kan duit. ada siapa nak bantah? pergi bayar bil streamyx dulu.

    2. terpanggil untuk komen bilamana 'media' itu sendiri disentuh oleh nukilan anda. dan komentar anda anda. media tak salah. itu kerajaan punya media. jangan kata media berat sebelah, tak adil, tak jujur. itu kerajaan punya. cuma tidak dilabel authoritarian saja.

    untuk media yang jujur, benar dan lain-lain, kita kena cari sendiri. blog, akhbar, opposition party punya media. dedahkan diri dengan semua tu. jangan minta disuap.

    kalau tunggu disuap, memang 'tersebar' lah 'fikiran' rakyat dengan propaganda kerajaan.

    ingat, pendapat umum lebih berpengaruh berbanding propaganda. konsepnya jelas.

    BalasPadam
  6. the dumbing down.
    the first stage of grief

    we should keep it. but fix sikit2... kasik bersih.. sbb prinsip no.1 dlm systems.. sistem dicipta utk berjalan...

    lets go liberate germany!!!!..
    haha..

    BalasPadam
  7. berkata seorang orang kuat UMNO kepada ako

    "aku sedih tengok orang melayu berpecah belah... seronok tengok UMNO kalah... padahal depa tak tau UMNO tu penting untuk menjaga bangsa melayu..."

    ako tak rase pun UMNO jaga ako atau orang lain sebagai seorang melayu... mereka hanya menjaga rakan melayu mereka yang boleh menguntungkan mereka saja

    tak payah contoh lain... tengok saja kes Dik-E nye tempat belajar

    maybe da setel kot.. ye ke?

    mengangkasa bangsa konon
    chiit!!!

    BalasPadam
  8. heh.
    itu la namanya agenda setting dan propaganda.

    BalasPadam