Rabu, 30 April 2008

saat diri ini diketepikan seketika..

idea yang bernas, perancangan yang baik, namun kepentingan diri membunuh semuanya


kalau nak bercerita, berdiskusi, bermesyuarah, takkan boleh habis sekali jalan..sekotak rokok belum tentu boleh mencapai konklusi..

dan subjeknya itu mencakupi ruang lingkup yang luas, dari perihal AF6, sehingga hala tuju politik negara..

ah..makin merepek apabila di kenangkan segala kenyataan tentang apa yang akan dibuat, akan dilakukan, akan, akan, akan..

tapi akhirnya tiada apa yang diperolehi..objektif masih gagal dicapai, sedangkan wang ringgit hampir kering ditaburkan..hanya mereka yang berkepentingan mendapat habuan..yang lain? pergi jahanam..

dan kisah-kisah yang remeh disensasikan, yang mana yang penting usah diperihalkan..bukannya orang mahu berfikir, apa yang penting mereka terhibur, gembira dan boleh bersukaria..

ego yang maha hebat kadangkala mampu mempengaruhi kecerdasan minda..menutup liang pemikiran kritis, menambah lompang prejudis..

apa salahnya jika kita berhenti seketika, merenung dan berfikir sejenak, tentang etika dan moraliti tindakan yang kita ambil..barangkali mengenepikan kepentingan diri barang seketika, dan memberi secebis ruang untuk idea itu bercambah, dan membiarkan rancangan itu berjalan sepertimana yang sepatutnya..


mungkin sesuatu yang lebih baik akan terjadi..siapa tahu apa yang ada dihujung pelangi..

1 ulasan: