Ahad, 6 April 2008

tagging the hood..

ya, saya tiada modal baru, sebab tu buat posting tag..

lagi pun sekiranya ako posting, ianya lebih mengesankan jiwa dan perasaan..

ada orang jeles..hahaha..

maka, pertama sekali sy di tag oleh deyna, hanya kerna blog ini sgt misterius (putih lagi suci ini misterius?)

ok, here we go, 8 fakta rawak tentang ako (macam dah pernah buat..)

1- sukar berhenti bila mula membaca

2- ada tabiat menggigit, maka gadis-gadis sila ambil perhatian..

3- bukan seorang yg fotogenik, tapi dikatakan hensem (dan itu adalah satu fakta yang tak dapat dinafikan)

4- mengalami masalah berat badan yang kronik di mana saiz pinggang tak mencerminkan kadar pengambilan makanan..

5- ketagihan akan 3 benda; a) nikotin, b) andrenalin, c) *rujuk posting bawah*

6- jarang tertinggal, tapi selalu ditinggalkan namun tak pernah meninggalkan..

7- aiskrim dan pisang goreng adalah satu kombinasi yang ako gemari

8- ah..lu pikirlah sendiri..

****

baik..tag kedua, kutip dari eman, sebab macam menarik..

baik..

a) senarai top 5 perkara yang ako mahu

1- pek kombo flash unit beserta pek bateri. andai mampu mendapatkan battery grip lagi bermakna rasanya

2- juga pek kombo, lensa 50mm f/1.4 beserta lensa 17-85 f/4-5.6 IS USM..bagi mengisi kekosongan diantara lensa kit dan juga tele 70-300mm..

3- ibook..ok..nuffsaid..

4- sepasang bar cegah-guling (anti-roll bar) bagi ikan ako..

5- silvia S15 v-spec, SR20DET, D1 streetlegal spec..ok, ini mungkin melampau..

b) perkara yang kekasih lakukan yang paling ako ingati..

- 03/04/08, jam 5ptg, depan terusan, berbicara tentang kehidupan, kini, masa silam, dan masa hadapan..

c) inovasi yang paling digemari

- pensel..mengapa? tanpa pensel tiada lakaran lukisan indah, tanpa pensel tiada cakaran draf karya agung, tanpa pensel tiada ako menukilkan kata-kata puitis..

d) apakah yang paling disukai/dibenci

- yang ako suka ialah berbicara tentang perkara yang jarang dibicarakan oleh kebanyakan orang yang seusia dengan ako..

-yang ako benci adalah mereka yang perasan bagus tapi tak bagus sangat pun sebenarnya..oh, dan juga golongan homo yang cuba mengambil kesempatan terhadap ako..

e) err..itu saja kot..


haih..tapi belum tamat lagi..lagi satu tag, dari orang yang membuatkan ako nak buat tag ni (yelah, orang takde modal nak posting)..

****

Apa yang ada dalam beg/dompet ako?
(Rasanya, tag ini berasal daripada sini, dan diolah oleh lelaki alfa ini untuk gender berlawanan, kan?

baik..

1- Helaian-helaian kertas dengan denominasi kurang daripada lima puluh

2- resit-resit pembelian yang masih belum di'claim' daripada pihak atasan

3- kad-kad bank yang bagi akaun-akaun yang mempunyai baki kurang 2 angka (rakus, boros, cis..)

4- dokumen pengenalan diri serta lesen memandu yang tamat tempoh

oh ya..ako juga ada beg pinggang..jika ako mengenakannya, pengisiannya adalah seperti berikut..

1- telefon bimbit SonyE pearlescent white (ini adalah talian hayat, nyawa, dan juga insuran diri..murka pembekal andai dibiarkan tak berangkat)

2- kain pengelap lensa, juga penapis CPL utk lensa kit ako..

3- sekotak Malboro FreshMint 14s/Sampoerna A mild (merah) 16 (jgn tanya mana ako dapat..shh~!)

4- buku nota kecil pemberian pihak Astro

5- buku akaun bank (emergency bhai..)

****

maka setakat itu saja..tiada insan yang akan di tag, kerna memang polisi ako untuk tidak meneruskan budaya tagging..

dan..pastikan kamo ada alasan yang kukuh (contohnya macam Deyna) untuk ako buat tagging itu..

wabillahi taifik wa hidayah, jgn ambik fit jgn buat jenayah..

3 ulasan:

  1. wuhuu..n u must know i hv a fave part in this post.

    okay, dah. kita xleh wat org jeles ye? hehe.
    -lariiii-

    BalasPadam
  2. dude. serius. lensa 28-135 f3.5-5.6 IS USM yg aku nak tu IQ dia lagi cemerlang dari 17-85 IS yg kau nak tu. walaupun IS dia 2-stop je (berbanding 3-stop). cuma kau akan hilang wider end. tapi kau dah ada kit lensa. tu pendapat aku lah.

    BalasPadam