Isnin, 26 Mei 2008

alai dan chaza

masa seakan berputar perlahan bila ako melangkau platform..dengan kesibukan penumpang mencari tempat duduk..anak desa pulang bercuti dari sekolah terulung, jejaka yang merindui bondanya, juga keluarga besar yang mellarikan diri dari kesibukan kota..

dan saat apabila semboyan berbunyi, ako bagaikan merentas zaman..terkenang akan trip-trip sewaktu belasan tahun..trip dinihari bersama punD setelah bermalaman di selama..juga trip bersama cikey dan siapa-lagi-ako-tak-ingat setahun kemudian..

seperti dulu juga ako akan bersantai di tepian pintu menagih haruman nikotina, menopang kelopak mata yang kuyu secara sukarela..

semuanya sama..

perasaan dibuai angin..

bunyi-bunyian gemersik oleh geseran roda dan rel..

yang berbeda hanyalah manusia-manusia, yang ada pada detik itu..

dan juga ako..

andai dahulu apabila situasi sebegini terjadi, maka ako lebih gemar mendiamkan diri..biarlah apa nak jadi, ako tetap buat hal sendiri..biarkan mereka berbicara tentang hal-hal mereka, kisah-kisah mereka..ako hanya mendengar dan kalau malas ako akan tutup saja telinga..

lebih enak ako bermain kata bersama tinta..

itu dahulu, dan kini akolah pemula, akolah pembangkit suasana, pencipta tawa, ako juga penghapus rasa bosan yang melanda..dari cerita dan cita-cita, perihal sweater, mahupun apa kamo punya nama, teka teki terkena, jemputan menghadiri acara, hal-hal gosip semasa..

macam-macam ada..sampai ako sendiri hilang tenggelam punca..

celaka..

pasti ako akan balas juga..

4 ulasan:

  1. jom kte mengembara bersama semula...hahaha

    BalasPadam
  2. haha..ako tak bley lupe duh trip tu..naik bas gi selama, tdo umah faiq, gayut sampai fon abis bateri..hahahaha..

    jom, naik tren gi tepeng ke..layan nasi lemak kt kedai kam, mee sup blkg popular..haha..yong tau foo kt bomba..haha..

    alin boleh blanje..yeah!~

    BalasPadam
  3. sori to say.. parent kam da tak wat bisnes nasi lemak da... makan YTF blakang bomba sudah

    BalasPadam
  4. ohh yong tau foo bomba..
    dan juge neslo ais terhebat dpn legend inn (yang ku panggil legend out. whee~)

    BalasPadam