Ahad, 11 Mei 2008

gelodak nafsu..uhh

I hear and I forget. I see and I believe. I do and I understand.
Confucius


begitu juga ako..

jika sebelum ini ako hanya mendengar pendapat orang, cakap-cakap orang, dan juga sekadar menonton sedutan..

kali ini ako dapat melihat secara langsung, dan juga merasai suasananya..

dan ako boleh katakan, kualiti francais Akademi Fantasia ini tidaklah seteruk yang diperkatakan..

barangkali kerana terlalu stereotaip, mahupun sikap sesetengah orang itu sendiri (kamo fikir sendiri lah siapa)

tapi bukan tentang konsert minggu kelapan AF musim keenam yang ako nak perihalkan..itu semua hiburan santai hujung minggu, dan seperti boleh di jangka keputusannya..

hanya beberapa perkara kecil, yang mungkin penting, tapi tak ramai yang mahu ambil kisah..

apaun kita suka memberi pendapat tentang pelbagai perkara mahupun isu..dan seringkali bila kita meluahkannya, kita dengan tanpa sedar akan menjatuhkan hukuman terhadap satu pihak hanya berdasarkan sumber maklumat tunggal..

ako juga begitu, memberi pendapat yang kadangkala menunjukkan bahawa ako adalah teras keras (hardcore) kepada sesuatu pihak (barangkali anti-establishment)..namun kesedaran itu timbul apabila ako mendapat pencerahan, ilham yang hadir di kala minda bundar dan dibiarkan menerawang..

apa salahnya jika kita membaca, meneliti, dan mentafsir maklumat daripada pelbagai sumber, baik media kerajaan, media alternatif, cakap-cakap kedai kopi, juga forum-forum perbincangan, buku-buku garapan penganilisis mahupun komik satira..dan jangan berhenti selagi tidak mampu dipuaskan nafsu bertanya; apa, mengapa, bila, di mana, siapa, bagaimana..

kemudian apabila sudah dipuaskan nafsu itu, kita tafsirkan menggunakan kebijaksanaan kita dan meluahkan satu pendapat yang kreatif, kritis, dan asli..bukankah itu lebih baik dan menunjukkan kebijaksanaan kita?

mungkin itulah kelemahan kita, warga malaysia amnya, orang melayu khususnya..hanya menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan..barangkali produk sistem pendidikan yang lebih menjurus kepada sesi menyuap ilmu agar boleh mencapai gred 18A1, 22A1 saban tahun..dan ianya terbawa-bawa ke alam universiti di mana pelajarnya lebih pasif, tidak mahu mengambil kisah hal ehwal semasa, sekadar belajar agar mendapat segulung ijazah tanpa memnuhkan pelbagai ilmu di dada..hingga layu nafsu bertanya, dibuai nafsu terhadap rakan berlainan jantina..

apa salahnya jika kita suburkan kembali nafsu bertanya ini? nafsu yang digelar inkuiri, nafsu yang berupaya mengeluarkan eropah daripada zaman kegelapan sekitar tahun 1200 masihi?

bukti telah nyata, mengapa dikekang nafsu yang bergejolak di dada?

Ambition is a lust that is never quenched, but
grows more inflamed and madder by enjoyment.
Thomas Otway

Tiada ulasan:

Catat Ulasan