Selasa, 17 Jun 2008

'hoy, jom turun court petang ni..rindu syiall'

semuanya bermula semalam..

pabila ako keluar sebentar bersiar-siar mengambil angin, berjalan bagi mengendur dan menegangkan beberapa otot yang terlalu lama dibiarkan kaku..

sambil memerhatikan remaja riang gembira bergelak tawa melontar bola menuju ring..

dan tak semena-mena tangan ako jadi gatal..makin malam makin kuat rasa gatalnya, lagi gatal dari kegatalan untuk mendapat duit mahupun untuk me..err..cerita lain..

kaki pula menguit lembut, dan minda menerawang ke suatu masa di mana ako melantun, menangkap, dan melontar bola kulit yang mahal..dan bersama rakan sepermainan, kami gembira..

bila ako merenung kasut yang lusuh dan sedikit terkopek, kegatalan di tangan tadi berpindah ke kaki..ah sudah..

dan ako merenung sebentar, apekah ako mampu kembali ke tahap yang pernah ako capai dulu?

it's a tough job i guess..boleh pecah dada..

but just give it a try..mana tahu boleh kembali membolos keranjang..

3 ulasan: