Rabu, 4 Jun 2008

menanti saat jam berdetik12 kali

“Petrol Dan Diesel Naik Mulai Tengah Malam Ini, Umum PM

PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Berkuatkuasa tengah malam Rabu harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol di pam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.” sumber


***

dan tangki ikan tinggal setakuk, kiosk-kiosk minyak berhampiran pula seperti dilanda tsumawi manusia..macam promosi minyak free sedang berlangsung..

tapi, ako tak salahkan mereka..pembelian panik ini memang dijangka pun..sama macam tahun lepas, habis penuh semua stesen satu malaya dengan pengguna kenderaan bermotor sampaikan habis simpanan minyak di stesen..

dan macam semua orang juga, ako juga memaki hamun terhadap kerajaan, dalam hati mahupun dalam perkataan, setelah mendengar khabar SMS bahawa minyak naik 78 sen..dan makin kuat pula cacian dan makian itu setelah mendengar berita dari corong radio..kalau ada tabungan untuk setiap caci maki itu pasti dapat isian penuh tunggangan ako yang berkuasa 500cc (oh, selepas ini terpaksa berhijrah ke sesaran yang lebih kecil T_T)..

apa pun, ako tak kesah pun minyak naik..memang sudah dapat dijangkakan bahawa ianya memang akan naik..akan tetapi tidaklah secepat ini..satu pujian ako berikan terhadap kepantasan kerajaan dalam perkara naik-menaik ini..memang cepat, tepat, dan pantas sekali..

maaf, lari topik..bukan itu maksud ako sebenarnya..ya, memang ako tak kesah minyak naik kerana pasti ada cara-cara untuk mengimbangi kenaikan itu dan seterusnya mengurangkan beban rakyat..akan tetapi, bagaimanakah perlaksanaan sistem itu? adakah ianya berkesan? kalis gagal? dan mengapa kenaikan kali ini begitu drastik?

bukankah Malaysia merupakan pengekspot minyak bersih, net exporter (kita jual minyak kita yang berkualiti tinggi pada harga tinggi, dan kita beli minyak yang bergred kurang tinggi untuk kegunaan domestik, akhirnya tetap untung)..kerajaan masih untung, namun rakyat masih terpaksa menanggung harga minyak yang tinggi..

dahulunya janji-janji yang diberikan ialah kerajaan akan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam, bas, keretapi, dan sebagainya..akan tetapi perkhidmatan ini ako rasakan masih ditakuk yang lama..mungkin setahun terlalu singkat, dan juga kadar kenaikan harga minyak global memberi impak yang besar lalu menyebabkan tiada keuntungan diperolehi walaupun subsidi dikurangkan..

ya, mungkin..

tapi takkan tiada sedikit pun hasil pemotongan subsidi itu dirasai oleh rakyat? sikitttttt pun takde ke?

***

Now the 56 billion ringgit question. What will the Barisan Nasional government do with the RM56 billion windfall per year? We already suffered a price hike on our petrol almost a year back, and have we seen any accounting on what has been done with the extra money that the government collected?



bacaan lanjut di sini

***

apa yang ako harapkan adalah agar dengan pemotongan subsidi ini (bukan penghapusan subsidi, Dato' Shahrir Samad kata ada masih ada subsidi 30 sen bagi setiap liter minyak - Buletin Utama), dapatlah rakyat jelata merasa sedikit..mungkin subsidi bagi bahan makanan, terutamanya beras (Dato' cakap juga), dan lebih banyak kemajuan dalam sektor-sektor yang melibatkan kepentingan awam..bukan kepentingan sesetengah pihak..

kepimpinan pak lah telah menunjukkan banyak kepincangan, dan dengan kenaikan minyak yang begitu drastik ini, juga dengan kenaikan harga barangan komoditi seperti makanan ruji (beras, gandum dan lain-lain), besi dan simen (bagi sektor pembinaan), pastinya keyakinan rakyat semakin menurun..dan ini telah ditunjukkan melalui keputusan PRU12..seandainya cabaran kali ini gagal ditangani dengan bijak dan saksama, maka ako tak hairan sekiranya akan berlaku political coupe d'etat menjelang suku ketiga tahun ini..

tun M dahulu pernah mengharungi cabaran krisis ekonomi dan juga politik yang hebat pada tahun 1998, dan beliau berjaya mengemudi negara ini dengan baik sekali (ya, kalao kamo benci tun pun, kamo tak boleh nafikan kejayaan itu)..dan kali ini bagaimana paklah mengemudi negara kita? sama-sama kita saksikan...


***

kalao berpandukan otak jahat ako, ini semua adalah taktik untuk mengumpul duit bagi menjana enjin perang kerajaan..pilihan agung umno dah dekat, maka duit nak kena kumpul..macam tahun lepas, kumpul duit untuk PRU12 yang akhirnya kalah..jadi cara yang paling pantas untuk mendapat kembali duit adalah dengan menghapuskan subsidi minyak yang begitu tinggi..tampung kembali perbelanjaan yang di buat..

juga otak jahat ako mengatakan bahawa sekiranya berlaku political coupe d'etat, maka orang-orang berkenaan dapat membawa keluar sejumlah duit..ambil sikit dari situ-sini, pastu simpan la kat luar negara, switzerland ke, barbados ke, uganda atau burkina faso pun boleh..hilang jawatan takpe, duit yang disedut dah berbiliun-biliun..cukuplah menanggung hidup anak dan cucu..

***

oleh itu, ako berharap apa yang dibicarakan oleh mereka-mereka yang mencadangkan perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik..PERLAKSANAAN itu yang penting, kalau cantik mana pun pelan, tapi PERLAKSANAAN teruk, gagal, hampas, maka jahanamlah segalanya..dan orang akan naik menyampah..

dan untuk kita, bersama-sama kita membantu kerajaan dengan tidak melatah tak tentu hala..saluran betul ada, dan kita sama-sama lihat, kumpul bukti..teliti segala kenyataan dan berita yang dikeluarkan..banyakkan membaca dan belajar tentang hal-hal ekonomi..dan yang penting kita bersatu, terutamanya bangsa ako yakni bangsa melayu..

malaysia ini indah, malaysia ini tanah tumpah darah..

malaysia ini tempat orang melayu, milik orang melayu..

yang memakmurkannya orang melayu..

yang meruntuhkannya juga orang melayu..

UPDATE!! 2324hrs

kenyataan media pejabat PM

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PAKEJ PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI

Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, telah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil. Subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Kabinet hari ini telah meluluskan satu pakej penstrukturan semula subsidi bahan api yang turut merangkumi mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Untuk itu, Kabinet telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah berikut, sebagai pakej permulaan program penstrukturan subsidi:

1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAM

Berkuatkuasa esok, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.


baca sendiri di sini (ako abis baca nanti ako komen lagi)

1 ulasan:

  1. huhu petronas dah untung 70mil b4 naikkan harga.. ne nak naikkan lagi.. n yet ckp bahwa US suma pun harga minyak naek.. mmg bodoh la pak bodollah ne.. y wud he wanna compare with US? cuba la compare dgn negara pengeluar minyak jg.. ish menciiii

    BalasPadam