Selasa, 10 Jun 2008

seminggu sudah berlalu, tangki kosong kembali

kamo baca suratkhabar? tak kesahlah yang mana pun..yang massa mahupun alternatif..paling tidak pun pasti ada berita tentang rusuhan di sesetengah negara kerana kenaikan harga minyak..antaranya sepanyol dan india..

adapun rakyat malaysia ni semuanya sopan-sopan belaka..harga minyak naik gila-gila pun masih ok lagi..paling kuat pun bising-bising kat laman web, tak pun buat bantahan aman..bila jarum penunjuk dekat posisi E, pergi stesen terdekat, terus angkat, tolak, masuk, picit..dan kehidupan diteruskan seperti biasa..

harga minyak naik? tidak apa..

harga makanan naik? tidak apa..

kos sara hidup naik? tidak apa..

pendapatan masih sama? usaha lagi..

mungkin itulah yang sesetengah orang di atas sana lihat keadaan golongan marhaen ini..semua ok, bagus..susah sikit tak apa, ulat dalam batu pun boleh hidup..

tapi apakah mereka dan juga kita tahu kesengsaraan ulat yang hidup dalam batu?

"sekarang, gaji seribu pun dah kira miskin"

"kalau naik sikit-sikit takpa, tapi naik macamtu sekali..la ni barang len pun naik gak..susah la camni"

"ko pikir la dude, kalo ko duk KL, gaji ko seribu steng pun belum tentu cukup..itu pun dah kira kalo orang tu pakai motor ex5, tak isap rokok, takde awek..nak hantar duit balik kampung pun takde..short seratus adela"

"dulu acik isi limablas hengget, dah full..sekarang kocak-kocak pun takdo..nak naik bas? bojanggut tunggu tak sampai-sampai"

"rxz aku isi fulltank 32 hengget..mak aih, suku gaji bulan ako isi minyak je"


ini apa yang ako dapat lepas seminggu..ako pun terasa gak bila menuang..dulu seplo dapat setakuk, sekarang limablas..elaun tetap sama, tak naik..jarak tetap sama, consumption masih sama..

ya, kita semua sedang sengsara..tapi untuk terus hidup, kita perlu lakukan yang terbaik..dan untuk melakukan yang terbaik kita harus bersatu, bersatu membina masa depan yang lebih cerah..ramai tak puas hati dengan tindakan kerajaan sekarang..ya, ako pun sama tak puas hati..tapi barangkali itu cara yang mereka pilih..untuk membantu rakyat atau membantu melepaskan tengkuk mereka, itu kamo faham sendiri..

tapi apa ayng ako tahu, dan apa yang ako faham dari ilmu ako yang sikit ni, kuasa membeli kita dah kurang..inflasi meningkat, and its a fact..persetankan figura nombor yang di nyatakan oleh kerajaan..ianya sekitar 6% sekarang, bukannya 2%..
oleh itu untuk meningkatkan kuasa membeli, kita kena ada banyak duit..

banyak duit = kaya..

maka kita mesti berusaha untuk jadi kaya..agar hidup kita lebih selesa..tak payah nak harapkan kerajaan buat itu buat ini..yang penting mula dari diri sendiri..orang atas bertukar ganti..mana tahu kalau hujung suku ketiga tahun ini kita dapat PM baru? habis tukar semua menteri, nak kena hafal nama lagi..

ah..dan mungkin PM baru tu letak jawatan pula sebab gagal menunaikan janji?

mana tahu, segalanya mungkin..

tapi kita ini masih sama, golongan marhaen yang hari-hari bekerja mencari dana..dan kita juga ada kuasa..dengan syarat kita bersatu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan