Isnin, 7 Julai 2008

bila sepi datang bertamu..

sayup ako memerhatikan dari celah tetingkap tangga kecemasan..

jeritan kecil kedengaran membelah ruang parkir tatkala sekumpulan gadis yang sedang berdedai pulang dari kafeteria, terkejut dengan kehadiran motor yang meluncur laju..

dan deraian tawa mereka kedengaran menyusup masuk ke gegendang telinga..

dan ako menjadi sepi..

sepi ditengah khalayak..

bukan kerana ako tiada rakan, bukan ako tiada sahabat..bukan kerna ako menyendiri, bukan ako tiada diteguri..

akan tetapi ako merindui akan masa-masa juga sifat-sifat gila yang ako pernah ada semasa ako berada ditempat mereka..

sudah empat, eh bukan, lima tahun ako di sini..hampir tamat pengajian ako dan akan bergraduasi..namun seperti ako gagal mencapai kepuasan diri..self satisfaction yang ako rasa seperti gagal diekstrak daripada perlakuan sehari-hari..

lalu ako menjadi sepi..

sepi mengenangkan bila perilaku ako akan dipandang, dan dinilai oleh mata-mata yang mungkin hairan lalu menghidupkan perasaan/rasa prejudis terhadap ako..dan ianya menjadi satu beban pabila ako mempunyai kedudukan di mata mereka..

satu status yang diletakkan oleh mereka sebagai senior dijadikan contoh, mahupun idola..sedangkan ako bukannya sesiapa..

barangkali tindakan ako sebelum ini memakan diri..

ataupun ianya sesuatu yang normal bila umur meningkat lalu kematangan menguasai diri?

haih...

persetankanlah..

ako tetap first year, freshie..dan kemudian terus bergraduasi..

p/s: sebenarnya ako rindu kat sahabat-sahabat teman berbicara hal-hal dunia, hal-hal teman, juga hal-hal diri..semuanya mempunyai obligasi waktu cuti tempohari..tapi mereka sudah kembali..

wee~~

3 ulasan:

  1. kalu anda sepi tengoklah filem sepi..hehe..sorila komen yg x membina..

    BalasPadam
  2. Hidup tanpa kenangan, adalah hidup yang bosan. Tatkala yang lain tersenyum riang terkenang masa lalu, mengapa kita masih lagi terus mengariskan sempadan untuk anjakan diri? Setiap kenangan, adalah harapan yang kembalikan nostalgia masa lalu tanpa sedikit pincang untuk laluan jalanan masa depan.

    Moral: Enjoylah kehidupan kampus sebelum grad. Habiskan setiap inci kehidupan dlm kampus. Kerna satu hari nanti, kita akan kembali mencari nikmat ini. Aku rindu!

    BalasPadam