Jumaat, 11 Julai 2008

dekat tapi jauh

ada masanya ako terasa akan mahu menulis..menulis tanpa henti tentang rasa yang terbungkam dalam hati..tapi ako jarang sebegitu, tak selalu..

tapi kali ini tangan, hati, dan jiwa seperti dipanggil-panggil untuk menulis..menulis tentang observasi diri, juga observasi hati..

barangkali kerana ako terasa jauh..jauh dengan yang rapat, rapat bukan calang-calang rapat..

rapat sekali..

tapi setelah tangat berjabat, salam bersambut, puji-pujian terhambur, maka akan timbul perasaan terpinggir, terketepi dari apa yang topik-topik bicara..bukan ako tak tahu ataupun tak kisah, akan tetapi seperti ketinggalan dan akhirnya terus melepas..

apa yang dibicarakan selepas itu seperti dalam bahasa beijing dan ako seperti langsung tak faham..

walhal ako faham sebenarnya..

mungkin pelik tapi tidak ajaib..kurangnya masa berkualiti bersama, dan ako jarang sekali bersama mereka walau dahulunya pernah tidur bersama..

apakah ako mahu kekal begitu atau kembali ke masa lalu?

mungkin hanya meneruskan perjalanan tanpa melupakan sesiapa?

mahupun ako hanya berdiri kaku, biarkan jiwa dan memori diselaputi debu masa, dan hilang ditiup angin lalu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan