Jumaat, 18 Julai 2008

ini balas dendam namanya

kembali ako ke ruangan ini..

sudah agak lama tak membuat onar kemaskini..barangkali kerana ako kesuntukan masa, walaupun masa yang diberi itu sama saja seperti kamo (ya, kamo yang membaca), namun masa-masa ako dipenuhi dengan pelbagai komitmen diri, komitmen sosial, dan juga komitmen perhubungan..ako ada kehidupan yang perlu dijaga, insan yang perlu dilayan, hati yang perlu dibelai..

maka agak terbatas sedikit masa untuk membaca, menonton, menganalisis, dan juga menulis..

oh, sebut tentang menulis..ako sebenarnya seperti ingin menulis sebuah karya penulisan kreatif..sudah lama mungkin, tapi komitmen tidak diberi sepenuhnya..maka idea-idea yang baik, yang berbunga-bunga, selalunya terbang berlalu begitu saja bersama angin yang menerjah dari luar kereta, ataupun di pam habis bersama sisa buangan tinja..

ako perlu rajin menulis..secara literalnya memegang pensel mahupun pen (tapi ako lebih suka pensel, lebih authentic dan lebih feel) lalu melakar coretan kata-kata di atas kertas..apa-apa saja yang terlintas baik yang bernas mahupun fikiran kurang cerdas..bila-bila masa, biar di mana saja pun, kafeteria, traffic light, turun LRT, dalam lif, membonceng motor, mahupun dalam kamar senggama (yang pasti selepas tamat semuanya)..yang penting adalah komitmen, dan itulah yang kurang bagi ako kerana komitmennya disalurkan ketempat yang lain..

obligasi sosial membuatkan banyak tenaga perlu disalurkan kearah memnuhi matlamat dalam menunaikan obligasi tersebut..maka ako lebih banyak berbicara dan juga mebelanja (dan dibelanja) semata-mata untuk bertukar-tukar fikiran, mahupun mengencang dengan/kepada pihak lain, seperti yang terjadi dua hari lalu..semua dilakukan mengembangkan keluarga sosial yang sememangnya besar..

barang baik, harus dikongsi bersama..barang kurang baik, simpan dan diam-diam sendiri sudahla..

oh ya..bila sudah banyak berbicara, bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran, pastilah topik pemula adalah topik paling hangat masakini..

debat minyak, dan kes liwat..

ako hanya menonton sekali lalu saja debat tersebut (akan ako saksikan lebih teliti nannti, tapi entah bila), dan ako hanya dapat simpulkan sedikit sahaja..

datuk shabery adalah seorang yang berani, he got balls to face the opposition and defending the government unpopular decision of rising up the fuel price..walaupun secara kasarnya beliau tampak goyang dan hujah-hujahnya kurang menyakinkan pendengar yang kurang baik seperti ako, tetapi beliau berjaya membawa aspirasi kerajaan dan menjadi pembawa panji-panji propaganda yang baik..syabas..

dato seri anwar pula, as usual, a very good debater..beliau tenang dan tak melatah walaupun keperibadian beliau diserang..bahkan beliau mengeluarkan hujah-hujah yang mampu menarik perhatian penonton dengan fakta-fakta serta statistik yang menarik..

sedikit perbincangan dengan beberapa sahabat, debat ini merupakan satu medium yang terbaik, dan bagi mereka sang pencari kebenaran, maka inilah masanya untuk mengkaji dimanakah kebenaran di dalam hujah kedua-dua belah pihak ini..

yang pasti, kemenangan malam itu terletak di dalam tangan rakyat..yang sedikit sebanyak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, dan implikasi yang akan berlaku sekiranya subsidi ditambah mahupun dikurangkan..

juga isu penagkapan DSAI sejam sebelum waktu yang diberikan kepada beliau tamat oleh sepasukan komando UTK..

ini dua sen ako ok..

tindakan itu sama saja seperti pre-emptive strike yang dilakukan oleh amerika terhadap afghanistan, dan juga iraq..dan sama dengan tindakan askar israel menembak orang palestin hanya kerana kelakuannya yang mencurigakan..kenyataan pegawai polis menyatakan kenderaan DSAI dipintas kerana tidak menuju ke IPKKL, sebaliknya pulang kerumahnya dahulu setelah memberi keterangan untuk BPR di Putrajaya..

adoiyai..ada sejam lagi kot..mana tahu orang tua tu nak berak dulu ke, amik fail sulit ke, ape ke..dan tindakan itu dilakukan kurang 24jam selepas debat yang secara amnya dilihat oleh golongan marhaen, golongan yang biasa-biasa, telah dimenangi oleh DSAI..maka populariti kerajaan yang sememangnya rendah, makin merosot akibat tindakan ini..

haih..

apa pun ako agak kebosanan uantuk mengikuti cerita-cerita politik..biar ako baca, analisis, dan berdiskusi sedikit agak jiwa inkuiri ini tidak mati..harapnya agar mereka berhenti sejenak dan bermuhasabah terhadap apa yang telah, sedang, dan akan berlaku..dan memetik kata-kata ahli panel dalam sebuah forum yang ako tonton di rtm 1,
we have to stop this scrambling method, macam zaman perang dulu, asal siren bunyi je, pengebom datang, semua naik, scramble..walhal yang datang tu takdelah banyak..dah membazir..we have to investigate with proper intelligence, use appropriate resource, and make a good decision


ah, nak sambung cerita, nanti jadi kelas principle of management pula..

baik ako sambung membaca ayat-ayat cinta..lebih asyik dari wayangnya..

2 ulasan:

  1. karya mu hebat...tulislah sesuatu...sure aku grab dulu tuk baca!

    BalasPadam
  2. setuju. novel ayat-ayat cinta lgi 'umph' dari movie nya..wiu3

    BalasPadam