Jumaat, 29 Ogos 2008

apa cerita?

(1)

ako mempunyai tahap toleransi yang agak tinggi..

dan dalam hampir semua perkara ako akan cuba melihat dari sudut positif dahulu..

akan tetapi satu benda ni memang ako tak boleh bertoleransi..


bila kapal selam berenang-renang tak menyelam dan saki bakinya bertaburan disekeliling mangkuk..


p*****k anjing! benda yang asas pun gagal dilancarkan dengan sempurna..memang tahap bodoh, bangang, dan yang sewaktu dengannya..

hisap rokok pun boleh muntah kamo tau~!

(2)

kerapkali kita dihampiri individu yang tak dikenali ketika sedang menjamu selera

"selamat tengahari bang, akak, boleh saya ambil sedikit masa"..yada yada..

selalunya orang kutip derma, tak pun jual cd, buku, minyak wangi, minyak urat..

tapi kali ini...

*dua lelaki yang agak sasa lagi berperawakan hero hindustan menghampiri meja gadis-gadis berhampiran*

"excuse me kak, ambil masa sikit ok..we just want to promote a new product in the market.."

yada yada yada...ako dan 2 rakan lain hanya memerhati..

"dia jual apa tu beb?"

"entah, macam katalog baju je", kata ako..

"macam..uhhff (menahan gelak)"

"mamat tu jual coli duhh..ko tak nampak awek-awek tu segan gile"



..dang~~


(3)

sudah 3 hari..

setiap kali bicara pasti akan timbul perkara yang sama..

dan ianya akan berlarutan dan seperti memberi satu petanda..

apakah tandanya? akan terjadi kah perkara itu?

dan bila? sebulan dua?

dengan siapa? ...


...

1 ulasan:

  1. (1) sangat faham. dan sangat geram juge.

    (2) haha. sekarang coli pun orang buat direct sales ke.

    (3) tak faham.

    BalasPadam