Isnin, 4 Ogos 2008

kenapa begitu serius

agak ketinggalan rasanya mengenai perihal dunia maya..maka bila adanya sambungan yang agak stabil, maka ako akan cuba melayari sejauh mungkin lautan siber ini sebelum putusnya talian hayat..

oleh itu, ako tak tahu kenapa bakal politikus yang jika gagal akan jadi penulis ini menutup blognya..apecer bro?

dan juga begitu banyak kemaskini dalam blog2 yang ako layari yang masih belum dapat ako baca..namun begitu, satu isu yang membuat ako agak tertarik..

ini kisahnya, dan ini juga (detail lebih sikit)..juga pandangan orang-orang yang secara tidak langsung terlibat kerana mempunyai asosiasi mahupun afiliasi dengan tempat kejadian..

baik..sebelum ako pergi lebih lanjut, ini hanya pemikiran dua sen ako..dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak..its just my thought, hence my blog titled the other thought, my thought, thought of masen..

masih ingat Saiful Bukhari? bekas Timbalan Presiden I, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)? siapa tak ingat, siapa tak kenal..selebriti segera, 'mangsa' liwat yang paling cool..

dan bila keluar di dada akhbar, media massa, media alternatif, juga blog-blog seantero malaysia, maka ako (dan juga rakan2) sebagai seorang yang ada afiliasi juga berasosiasi dengan UNITEN, terkena tempiasnya..

ibu menelefon dengan kadar yang segera..
'kamu beraktiviti ni buat macam senior kamu ni ke? sampai keluar berita, internet'


bapa pula..
'ni nak naik MPP ni nak jadi macam si sepul?'


dan juga beberapa petikan lain (dari kisah rakan taulan)..
'ko knal sepul ni? batch ko kan??'

'apa budak UNITEN ni memang macam ni ke?'

'belajar kat UNITEN? ni geng-geng sepul la ni'

'student UNITEN ek? u straight ke atau ada main belakang?'

'ini pemimpin pelajar UNITEN? huisyy'


itu baru sikit..walhal banyak lagi..

tapi itulah, sebagaimana tajuk posting ako, why so serious? benda yang berlaku di luar kawalan kita..memang perkara tersebut mengundang kata nista orang, jadi bahan bualan, menjatuhkan reputasi..tapi siapa kita untuk mengawalnya, menentukan benda itu nak jadi atau tak jadi?

adakah kita tuhan?

yang terbaik adalah berdiplomasi dan juga membuat pengakuan serta penjelasan..dalam konteks UNITEN, pihak pengurusan membuat penjelasan, dan pihak student kalau orang tanya, maka jawapannya lebih kurang..

'dia memang bekas pelajar UNITEN, bekas MPP..tapi dia hilangkan diri, missing in action..tau-tau dia rapat dengan orang-orang tertentu..pastu tup tup keluar cerita ni'


dan antara kami, ape salahnya dijenakakan sikit kisah tersebut..daripada rasa marah, tensen, paiseh, pissed off, tukarkan ia menjadi bahan ketawa..

***

'hoi, apa peluk2 ni..nak jadi sepul 2 ke'

"eh, bukan ko dah biasa ke..kan dulu ko dengan sepul tu memang rapat?"

'kimak ko'

***

itu contoh..dan ianya boleh dipelbagaikan, menjadi lawak intelijen, mahupun lawak spastik, tapi output yang terhasil adalah masa girang bersama rakan taulan..

hey, apa yang jadi telah terjadi..dan kita hanya terus mengikut arus masa, dan juga beradaptasi..

kenapa begitu serius?
sekurang-kurangnya UNITEN jadi terkenal (dari sudut yang positif, orang tahu UNITEN)..dan terserah kepada warga UNITEN kini untuk membuat satu gambaran baru bagi memadamkan persamaan UNITEN = Saiful = main belakang kepada UNITEN = Generates Profesional..

p/s: oh ya, orang ini ada kaitan juga dengan tempat kejadian..tapi mencari cinta di kala tahun akhir (atau mungkin kerana robot? robot lagi?)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan