Ahad, 24 Ogos 2008

kumuhan minda

Do or do not, there is no try

Master Yoda

banyak yang ako mahu kongsikan, the idea, the thought..tapi ako tak tahu apa yang patut ako tuliskan..dari segala sumber ako sedut, ako serap, percakapan, perbincangan, pendengaran, pembacaan, ako cerna segalanya lalu dikonstruk menjadi satu idea, pemikiran mengikut fahaman ilmu ako..tapi masih gagal untuk dikeluarkan..masih bersegan-silu dan malu-malu kucing begitu..

apapun ako mahu mulakan sesuatu dan ianya bermula dari nukilan ini..

dan ako tidak boleh tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan..banyak peluang, kelebihan, advantage, yang telah diberikan..sangat-sangat banyak, tapi masih gagal dimanfaatkan peluang, kelebihan, advantage itu..

bila berada dalam kesusahan, salahkan pemerintah tidak memberi peluang, kelebihan, advantage..dan apabila orang lain mempersoal serta meminta dihapuskan peluang, kelebihan, advantage sebelum ini serta , maka melentinglah kita dengan demonstrasi jalanan, kecaman dan kutukan, serta kata-kata membela nasib selama tujuh hari tujuh malam..

itulah dia penyakitnya..benda yang dah ada kita tak guna dan bila nak ditarik balik marah pula..

apakata kita rebut saja peluang, kelebihan, advantage yang ada..berjaya atau tidak, itu belakang kira..yang penting berusaha untuk berjaya sebab kita ada peluang, kelebihan, advantage yang memberi laluan yang mudah untuk kita..kalau tak dieksploit, kita yang nganga..

dan untuk berjaya, serta bab-bab yang bersangkutan dengannya, lain cerita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan