Selasa, 19 Ogos 2008

pusing-pusing kota selepas menjamu selera..

melihat gelagat warga kota berpelesaran diwaktu senggang makan tengahari..

sambil mata meliar ke sana, ke mari, lantas tersedak kopi ais donat celup..

"apa langsung tiada terasa suasana bahawa kurang dua minggu saja Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-51?"


takkan nak tunggu dapat bendera free baru nak pacak atas kereta, pintu rumah, dinding premis?

mana semangat patriotisme dan nasionalisme kita? (termasuk ako sekali)

pemimpin bertukar ganti, negara ada satu saja..

selamatkanlah Malaysia..

8 ulasan:

  1. wah..hyper laju komen?

    err..kabar baek..

    BalasPadam
  2. kibaran bendera bukan menjadi ukuran betapa patritotiknya seseorang.

    sikap, pemikiran, jatidiri yang kuat dan mantap adalah lebih penting.

    nice weblog. keep it up.
    :)

    BalasPadam
  3. benar, tapi sekurang-kurangnya kibarkanlah ia pada musim2 sebegini..

    BalasPadam
  4. mungkin kos sara hidup yang tinggi maka orang kurang mengibarkan JG pada musim begini. malah tiada pula kempen kibarkan bendera sana sini seperti taun2 sebelum ni. sebab itu rakyat malaysia tipikal cam aku ni tak sedar dengan apa yang terjadi di dunia masa kini

    BalasPadam
  5. alah punD..kibarkan je, tade kena mengena dgn kos sara hidup naik..takkan nk tunggu kempen baru nak kibar..

    adoiyai..semangat kena ada..

    BalasPadam
  6. masen tau tak tahun ni aku sendiri macam terlupa pasal merdeka. yang aku ingat merdeka cuti panjang sikit boleh balik rumah lama sikit. lupa pulak bila musim merdeka kena kibarkan bendera. sebab tak nampak sangat pun bendera-bendera. huuh.

    BalasPadam
  7. lil' Munchkin berkata...

    kibaran bendera bukan menjadi ukuran betapa patritotiknya seseorang.

    sikap, pemikiran, jatidiri yang kuat dan mantap adalah lebih penting.

    *******


    masalahnya wujudkah jatidiri yang kuat dan mantap itu? bila mana menonton sukan olimpik sambil mengutuk atlet sendiri? bila negaraku berkumandang dan tidak berdiri. bila anak muda berdansa beronggeng di malam hari?

    BalasPadam