Jumaat, 26 September 2008

membilang tiba detik itu

Ramadhan, hampir tiba ke penghujungnya..sayu terasa, hiba pun ada, walau teruja bila syawal menjelma..

satu bukan yang penuh ketenangan, jiwa dan fikiran..walau zahirnya kelihatan penuh kekusutan, namun mudah saja diselesaikan..memberi aku pengalaman, menguruskan diri, perhubungan, juga hati insan..

fikiran yang tenang membuat keputusan yang menyenangkan..dan walau kusut tak terlurut, masih boleh dileraikan, dengan baik, tanpa kekerasan..mengajar aku memikul tanggungjawab dengan penuh kesabaran, biar terletup sedikit dari masa kesemasa, namun kemaafan laju meluncur mengekorinya..

jadi ramadhan ini rasanya seperti lebih istimewa..mungkin kerana pencerahan yang aku terima, mungkin juga kerna aku melihat sesuatu bukan dari perspektif yang sama..dan mungkin juga kerna kesedaran yang timbul akan kepentingan perkara kecil yang mampu mencambahkan perkara besar sekiranya ia tidak di hadapi segera..

Ramadhan ya Ramadhan, tahun ini begitu banyak kelebihanmu yang aku terima, namun aku masih gagal memanfaatkan kesemuanya untuk kebaikan aku..moga tuhan memanjangkan umur ini agar dapat aku menyambut kehadiranmu sekali lagi, dan lagi, dan lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan