Jumaat, 24 Oktober 2008

cerita sajalah

kebelakangan ini aku kurang konsisten dalam membuat posting..jika ada pun, hanya sekadar coretan pendek yang sememangnya sukar nak difahami, lagi aku olah biar semua orang langsung tak faham..

apapun, bukan kerana ketandusan bahan, mahupun kesuntukan masa memainkan peranan..sekadar aku kini lebih banyak memerhati..memerhatikan keadaan persekitaran, lingkungan rakan-rakan, kelakuan dan tindakan, lalu membuat keputusan..

isu-isu semasa yang hangat, yang semua orang mahu tulis..jadi untuk apa aku tulis lagi, kan? sekali-sekala mungkinlah, kalau selalu tak dapek la..

apapun aku terperasan satu trend terkini yang rasanya dah lama terjadi kot..trend berdakwah melalui blog..ok, aku tak kata aku tak suka, malah rakan-rakan aku juga berdakwah melalui penulisan, contohnya bro Q..akan tetapi ada sesetengah pihak yang mempunyai niat yang baik, tapi cara penyampaiannya, (aku rasa) tidak bersesuaian..elok elok orang yang nak didakwahkan itu terbuka hatinya, terus tertutup dan membenci golongan pendakwah..

apa yang aku maksudkan adalah golongan yang bernaung dibawah nama 'anonymous', kemudian menyeru ke arah kebaikan dan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sebagai penguat hujah..ada juga yang bukan saja menyeru, malah mengeji perbuatan empunya blog itu..

hais..tak tahulah..aku bukanlah baik sangat mahupun menunjuk pandai bahawa aku ni hebat..tapi asas memujuk, mengajak orang, itu satu elemen dakwah..aku tau aku juga ada sisi gelao yang tak ramai orang tahu..yang tahu pun mungkin beranggapan aku dah 'settle down'..tapi nak 'settle down' 100% ? tunggu kad jemputan..hahaha..

jadi macam inilah, bila berdakwah, yang pertama ialah bersemuka..apa guna berdakwah tapi berselindung disebalik 'anonimity'? takut kena cepuk? takut kena hina? kena ludah? berdakwah itu jihad, tak gitu? atau rasa ilmu itu tak cukup lagi tapi tetap nak berdakwah? sahabat, menuntut ilmu di jalan Allah pun jihad juga..

ok, yang kedua, cara berkomunikasi..kita nak pujuk orang supaya kembali ke jalan yang benar, sedangkan orang tu dah pun terbiasa dengan cara hidup yang liar..jadi bagaimanakah dapat kita memujuk orang itu supaya mengamalkan 'amar makruf, nahi munkar?' aku ambil contoh seorang sahabat aku..aku suka dengan cara dia berdakwah, tiada paksaan, tiada syarat seperti 'ubah gaya hidup'..apa yang ditekankan mudah, setiap kali berjumpa dia akan tanya,

"kau dah sembahyang ke belum?"

mudah, ringkas..alasannya mudah, jika sembahyang dijaga, maka kukuhlah tiang agama..kukuh tiang agama itu, maka mudahlah untuk kita melengkapi yang lain..manusia ni ada macam-macam jenis..ada yang senang dengar cakap, ada juga yang keras kepala..bukannya tak boleh pujuk, tapi ada caranya untuk kita merangsang keinginannya untuk kembali kepada fitrah seorang muslim..

dan agak panjang tulisan ni..macam khutbah jumaat..apa pun, ini pendapat aku..mungkin pendapat kamu berbeza..cara penyampaian aku dan kamu tak sama..

p/s: point ilmu dan komunikasi tu aku pernah guna semasa 'bertukar pendapat' dengan seorang pendakwah tabligh (pelajar juga) yang datang ke rumah rakan aku lantas terus berkhutbah..akhirnya, kami mencapai kata sepakat..

4 ulasan:

  1. hahaha... ayoh... bila hidup berprinsip... penyampaian pun berhemah... orang boleh terbuka mata dan hati...

    BalasPadam
  2. uhu. teringat pula, bhw sesungguhnya jalan da'wah ada dark side. hu.

    BalasPadam