Selasa, 14 Oktober 2008

mengikut teori ini


klik untuk besarkan

aku adalah melayu tulen, mengikut nasab bapa..

jadi kejadahnya aku nak benci melayu? benci islam? gila ke apa?

melayu itu luas rantaunya..dari pattani di utara, sampai jawa di selatan, sulu di timur, acheh di barat..melayu itu sopan dan penuh santunnya..kalau marah, berkias bahasanya..kalau berpencak, cantik bunganya..kalau bergurindam, indah lagunya..

tapi nak juga aku petik kata pujangga inggeris, "in a box full of apple, there will be a rotten one"..sama juga melayu kita..kalau tidak, masakan boleh timbul perkataan 'amok' yang masyhur seluruh dunia..dalam santunnya melayu ni, ada juga yang ganas.

sama juga dengan lain-lain bangsa..yang berbeza hanya budaya, agama dan persekitaran..sejarah membuktikan yang kuat akan mengawal yang lemah..kalau yang lemah cuba tunjuk kuat, maka akan dihapuskan terus..

usah dikenang kejayaan yang lalu, akuilah yang melayu sendiri lemah, berpecah..jadi apa yang kita, melayu, perkuatkan diri kita kembali..bukannya tak boleh kuat, boleh..tapi cara kena betul..dulu memang kita kuat, orang hormat..bila kita sesama sendiri berbalah, sesama sendiri bergaduh, berpecah, maka bodohlah sekiranya orang lain tak ambil kesempatan..

ini bukan soal suka tak suka..tapi soal kemandirian..kena hormat orang lain sebelum orang lain hormat kita..tapi kalau perangai melayu sendiri mengalahkan orang bukan melayu, macam mana nak jadikan orang melayu contoh kepada orang bukan melayu..

tak gitu encik johan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan