Rabu, 29 Oktober 2008

pasca final kertas pengajian malaysia

konsep perpaduan di negara kita ni tak susah nak ditafsirkan..samada kau bersama aku, atau kau melawan aku..

mudah..

maka sejak dari dulu sudah ada 2 kem berbeza..kem Malaysia Malaysian, dan kem Malaysia Melayu..konteks dan perlaksanaan sudah berubah, tapi objektif masih sama..sampai itu saja yang aku boleh katakan..ada mata kau lihat, ada akal kau fikir, ada hati jangan dibenci..

oh ya..penghapusan ekuiti 30% bumiputera tu tak sukar untuk diselesaikan..capaikan objektif perkara yang aku sebutkan di atas, maka Insyallah selesai semua..namun bagi aku ada satu saja perkara pokok yang harus diuruskan terlebih dahulu sebelum lain-lain perkara boleh di jalankan, yakni sistem pendidikan..

hapuskan segala sistem pendidikan vernakular, tinggal satu jenis sekolah saja..sekolah kebangsaan, yang pembelajarannya dalam Bahasa Malaysia..baik sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi..semua diseragamkan, satu silibus, satu bahasa, bertaraf antarabangsa..itu saja..

eh..nanti dulu, jangan melatah tidak bersetuju..fikir baik-baik, sedalam-dalamnya..tak pun buka penyata Razak dan penyata Rahman Talib..bukankah semua dah ada kat situ, tapi ada yang tak mahu..jadi kalau asasnya satu, maka tak rantingnya tetap mengikut acu..

tapi, kalau duk pung pang, duk gebang pasal itu dan ini, selagi kuat semangat 'minzu', toksah nak berangan la nak dapat semua tu..hapus ekuiti? kesaksamaan? Malaysia Malaysia dan Malaysia Melayu..

dalam mimpi kamu..

p/s: sekolah aku masuk suratkhabar, bukan pasal pelajar, tapi pasal rakan sepermainan

9 ulasan:

  1. haha mat pah pasti mahu mmbalas dendam

    BalasPadam
  2. sape sruh skolah kat dpn zoo.

    ...tp skolah yg kat kaki bukit larut tu pun terkena tempiasnya.

    BalasPadam
  3. mat pah?

    jap, aku macam ingat2 lupa cite tuh.


    deng.

    BalasPadam
  4. yang milo tu..loker kena selongkar..pastu dapat saguhati yang diletakkan ditengah-tengah cadar yang stim giler..

    hahahaha

    BalasPadam
  5. "bertaraf antarabangsa..."

    yang itu aku setuju dan aku amat2 sokong. mengapa suruh anak2 kita pecahkan kepala dan hati menduduki SPM padahal SPM tu tak laku satu sen pun. uni kita sendiri pun tak iktiraf SPM tu, nak kata apa uni luar tak terima

    BalasPadam
  6. kenapa artikel tu tak sebut sekolah yang kat bawah kaki bukit larut tu ek? ish ish double standard ni :P

    BalasPadam