Ahad, 9 November 2008

catitan-catitan pasca peperiksaan akhir

ini mungkin agak panjang..satu posting dengan beberapa entri..dan aku tak suka guna aplikasi draft..

sebetulnya, aku agak kepenatan dari segi mental..begitu banyak input disumbatkan lalu diluahkan kembali dalam masa kurang 3 jam, juga input-input yang perlu dihadamkan dan dinilai sebelum diluahkan..letih, sebu, dan seperti mikrocip yang telah di'overclocked', sinaps-sinaps otak aku perlu dijana kembali..

bagi memberi peluang penjanaan semula, bebanan input harus dikeluarkan..


1

isu-isu semasa mengenai bahasa, kontrak sosial, serta hak melayu kebelakangan ini menyebabkan ibu berkata, "belajar bahasa mandarin dan tamil, kerna kelebihan itu akan membantu"..aku bertanya, "kenapa?"..ibu menajawab..

"lihat sekeliling kamu, dan lihat siapa yang sedang berkembang maju..banyal syarikat kini mula berkembang ke China dan India..jadi kalau tahu bahasa mereka, bukankah itu satu kelebihan?"

tidak boleh tidak aku nafikan..

maka, disebalik segala perjuangan untuk membela hak Melayu kini, aku terfikir bagaimana sekiranya hak ini dapat kita kekalkan tapi orang Melayu masih kebelakang? memang ianya akan dilihat sebagai satu diskriminasi sekiranya bangsa yang mahu maju disekat hanya kerna kita Melayu gagal/tak mahu ke hadapan..dalam mencorak masa depan, bukan saja perjuangan, tapi pemerkasaan juga perlu ada..Melayu patut lebih agresif dalam segala sektor, menggunakan setiap peluang yang ada untuk maju dan bersaing dengan bangsa-bangsa secara adil..bila dah sama kuat, boleh bersaing tanpa bantuan, nak bertikam untuk mempertahankan hak Melayu tu, sila lah..kita mampu bersaing dari segi ekonomi, sosial, dan politik, walaupun tanpa bantuan..dan penentangan hanya timbul dari golongan yang memang betul-betul fanatik dengan konsep 'minzu'..

Respect is earned, not given..for us to be respected, we must prove that we, the Malays, have the things that will make them bow to us..not by using a supreme law/constitution..it can be ammended anytime, soon..and if we didn't start now, we'll lost everything..even the sole political power that is slipping through our fingers..wake up and see for yourself, and stop putting hopes on politician or parties..they're, sorry to say, biggest bullshitter in the country..it start from us, ordinary malay citizens, be it poor, middle class, or rich, to improve ourselves..earn your respect points..

niat kita satu, untuk bersaing dan maju dalam dunia masakini..niat baik, hasil pun baik..

dan agak lama juga aku tak menulis dalam bahasa inggeris..


2

masa lalu adalah tempat bersembunyi bila sepi


dan di situ aku duduk mengelamun bila ada kekusutan..mencari ilham, mengimbau pelbagai kenangan..

dari peristiwa silam..
kata nasihat mahupun ancaman..
juga tarikh-tarikh penting beberapa insan..

ku lakukan dari masa ke semasa..
hingga terbiasa..

tapi mengapa kini yang biasa itu tidak biasa?

kerana kamu yang hadir kini, dengan gaya yang lain sekali..
mendakap diri ini, dan menyusun kotak hati..
mencipta memori..

hingga lupa masa lalu..
kerna aku tak lagi sepi..
bila diri asyik di alam fantasi..

3

ingat macam panjang sangat, tapi tak panjang juga..mungkin faktor masa, mahupun faktor idea yang disimpan terlalu lama..

bosan..

oh, dan aku masih menaip walaupun ada urusan surat menyurat yang perlu di selesaikan..

menaip lagi..

haih..

oh ya, Selamat Hari Lahir kepada..ermm..semua yang menyambut hari lahirnya minggu ini (gagal memanggil nama-nama mereka..hahaha)

baik, selesai di sini...

draft autosaved at 4:14AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan