Selasa, 16 Disember 2008

10 hari kemudian

ok, begitu lama tiada kemas kini..nope, bukan writers block, bukan keputusan idea, nada..

hanya sekadar tekanan masa yang menghimpit..masa-masa senggang itu lebih selesa digunakan untuk menenangkan fikiran yang kusut dan serabut, barangkali dengan menjarah tanah-tanah dunia baru..mahupun mengangkat senjata lalu melakukan simulasi pendaratan normandy..

ah..semua itu sekadar satu jalan bagi melepaskan geram dan tekanan yang menyesakkan ubun-ubun..

barangkali aku harus kembali berdampingan dengan buku nota kecil, mencatat nukilan-nukilan ringkas tentang pemerhatian aku..aku sudah tidak mampu untuk menangkap, menghadam, lantas meluahkan pemikiran di dalam satu sesi kemas kini..terlalu banyak maklumat yang aku perlu hadam..

itu belum memikirkan lagi rempah ratus serta segala mak neka bahan-bahan penyedap badan untuk digoreng dan digaul menjadi satu nukilan surat yang indah dan cantik gubahannya..haih..penatla menjaga laras kata yang bersesuaian untuk semua orang..

jiwa ini seperti mula gelisah, lantas mahu melakukan sesuatu yang agak diluar norma, yang akhirnya memenatkan badan, hampir terkeluar garisan..apa yang nak jadi, jadilah..tapi minda masih mengawal dengan tekun dan sabar..

adeh, letih..

memang benar, jadi figura umum ada sumpahannya..tapi aku tetap aku yang asalnya aku..jadi bagaimana kamu kenal aku, itulah aku..eh, macam ayat aling..

oke, mahu bungee jumping..

4 ulasan:

  1. jangan, jangannnn keluar garisannn~~~~

    BalasPadam
  2. wei jangan keluar garisan nanti disqualified.

    BalasPadam
  3. kena trademark kan 'itulah aku' la macam ni :P

    BalasPadam
  4. xleh terime komen anim, sebab...

    ...nanti disqualified?? (masen, in a way, this might be true)
    >insert emoticon gelak guling2<

    oke budak kecik tapaham jgn mnyampuk.

    BalasPadam