Jumaat, 13 Februari 2009

engkau brek, drop gear, layan kona, baru feel..

*ruangan komen kembali, segala kesulitan amat dikesali*



jadi satria neo cps telah dilancarkan..125 kuasa kuda dengan kilasan 150Nm mampu membawa beban 1200kg mendakap batuan tar..dengan sedikit penambahbaikan kosmetik, luar dan dalam, serta arca tayar yang membuatkan kereta ini tampak agresif..warna putih melengkapkan kemasan..


oh chenta, jatuh lagi..








putih ialah hitam yang baru



barangkali kalau rim 16 inci itu dinaikkan menjadi 17 inci, pasti lebih anggun bergaya..apa pun, agak hairan mengapa kereta in agak kurang menyerlah bagi sektor hot hatch..mungkin kerana enjinnya? ataupun kerana rupanya? mahupun kerana jenamanya? tapi bagi aku, ianya sebuah kereta yang menarik, dan begitu cool bagi jejaka yang jahat dan penuh bergaya..

apa pun, tempoh hari aku berkesempatan untuk memandu satria neo, lebih tepat satria neo r3..dan setibanya aku di destinasi, aku keluar kereta dan menyalakan rokok dengan tangan yang menggigil..mengapa?




bukan yang ini






kerana tidak percaya bahawa kereta tempatan mampu beraksi begitu tajam, responsif, stabil..enjin tolak tepi (walaupun ditala sayap r3 dan menjana 135 kuasa kuda, ia masih campro biasa dengan lubuk kilasan), tapi secara keseluruhannya aku terpana dengan..dengan..dengan semuanya lah..



lagi aku jatuh chenta..

mungkin agak melampau jika mengatakan semua satria neo mampu beraksi seperti edisi r3, tapi mari kita lihat sisi cerah..satria neo taklah begitu teruk, malah boleh dikatakan mampu bersaing dengan hot hatch import, baik dari segi kuasa, rupa, dan harga..


dan dengan bertambah gemuknya honda civic (selepas model EP), sehingga hilangnya imej jahat dan bergaya, barangkali ruang yang ditinggalkan itu mampu diisi oleh satria neo..

apa pun putih memang hitam yang baru



adoiyai..harapannya ada la edisi GTi mahupun r3 bagi satria neo cps ini..

vw golf gti? naahh..sangat tahun lepas..


kredit gambar kepada paultan.org, r3gister, dan hondatyper.org

5 ulasan:

  1. semangan nak jadi engineer cum designer tempatan berkobar2...

    BalasPadam
  2. walaupun aku tapaham terms2 kereta dan juga buta kereta (sampai skarang aku tadapat beza myvi viva savvy..haha), tapi aku nak neo!

    BalasPadam
  3. nak neo jugak lah macam ni (tiba tiba)

    BalasPadam
  4. peniru kereta idaman.
    taknak neo dah.

    naik bas sudah.

    BalasPadam
  5. bawak savvy pun dah best inikan neo cps.

    BalasPadam