Selasa, 24 Februari 2009

kekotak hati i

bagaimana harus aku mulakan bicara?

andai rasa seperti kurangnya masa, apa tidak cukupkah masa yang telah dikurniakan samarata kepada semua manusia? dan mengapa aku masih gagal menguruskan masa itu dengan adil dan saksama? adil dengan meletakkan masa itu pada tempatnya, terjaga, tersusun, lengkap untuk aku menmouh hari-hari yang berliku..

sesungguhnya, hari tak selalunya cerah, laut tak selalunya tenang, ada hujan, ada gelora..mungkin juga badai taufan melanda..dan bila hari itu cerah, laut itu tenang, ada kekurangan..cerah tidak berawan, terik membakar..dan tenang tanpa tiupan angin, kekeringan..

maka itu memberi kesan, kepada semua amnya, dan aku tak terkecuali juga..pelbagai rasa timbul mendesak, menghambat, mengheret, memijak..lantas jatuh dan bungkam..hampir memutuskan asa yang kugenggengam erat talinya..

aku pantang kalah, bangun bila jatuh..
kalau patah sayap, bertongkatkan paruh..


terus dan terus aku melangkah, memperbaiki diri dan sahsiah..hidup mesti terus, masalah pasti diatasi, cabaran mendatang perlu dihadapi..mampukah aku menghadapi realiti?

entah? bukan satu jawapan yang baik dan pasti..harus mengimaginasikan solusi, berusaha menjadikan ia satu realiti..menjaga tiang-tiang penegak semangat, penggerak jiwa, menuju destinasi yang nun jauh di sana..

segala yang terindah ada di sana


ya, semuanya ada di sana..apa cara sekali pun aku harus terus ke sana, menggapai cita-cita..ah, ebgitu panjang rasanya bebelan ini akan tetapi siapa yang mampu meneman aku disaat hati mahu didengari?

hatta unggas malam tak sudi..lalu aku terbiar sendiri menanti, menanti, dan terus menanti..

hari esok datang, itu pasti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan