Ahad, 8 Mac 2009

pi-pi-es-em-ai

posting serius sebentar..

isu PPSMI kebali hangat,dan semalam ada perarakan untuk 'membersihkan' PPSMI ini..oh ya, PPSMI bermaksud Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris..

sejujurnya bagi aku, naik bosan dengan pertelagahan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu/Malaysia..kejap tukar, pastu tukar balik, lepas ni nak tukar lagi..yang ruginya siapa? satu generasi masa depan yang bakal memimpin negara..

diri aku sendiri bila aku lihat, dengar, dan faham mengenai isu ini, aku tidak setuju dengan PPSMI..kenapa? sebabnya, sekiranya penguasaan bahasa Inggeris seseorang itu kukuh dan mantap, maka bukan menjadi satu masalah bagi seseorang itu untuk memahami bahasa teknikal (yang dalam bahasa Inggeris) dalam jurusan yang diambilnya kerana penerangan mengenainya tetap dalam bahasa Inggeris yang mudah..

mungkin pada zaman Tun, cadangan untuk mengadakan PPSMI itu adalah supaya pelajar-pelajar ini lebih banyak membaca dan belajar dengan sendiri bahasa Inggeris itu untuk mereka memahami 2 subjek penting tersebut..akan tetapi melalui pengamatan aku, keberkesanan PPSMI ini hanya betul-betul dapat dilihat di sekolah bandar dan pinggiran bandar berbanding sekolah luar bandar dan pendalaman..juga melalui pengamatan aku juga, PPSMI ini tidak juga meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar kerana mereka sekadar menadah kitab, menghafal makna terma-terma teknikal dan menerjemahkannya dalam bahasa Melayu/Malaysia, demi menjawab soalan peperiksaan..

mungkin banyak faktor yang mempengaruhi seperti penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar di mana pelajar-pelajarnya terdedah dengan bahasa Inggeris dalam aktiviti seharian mereka berbanding pelajar-pelajar di luar bandar dan pendalaman, juga faktor guru yang juga terpaksa mengajar subjek Sains dan Matematik, yang dulunya mereka belajar (dan mungkin lebih mudah mengajar) dalam bahasa Melayu/Malaysia, menggunakan bahasa Inggeris..itu belum masuk pelajar sendiri yang susah nak faham bahasa Inggeris (bermakna perlu lebih masa pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dapat faham tentang sesuatu bab), dan juga cikgu-cikgi yang perlu pergi berkursus untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka..

hais..andai mahu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, seharusnya matapelajaran bahasa Inggeris itulah yang perlu diperkasakan..buang semua kompenen sastera bahasa Inggeris yang langsung tak terpakai itu dan lebihkan kepada membaca dan menulis..bahasa ini juga perlukan latih tubi, dituturkan, dan diaplikasikan walaupun hanya di sekolah..oleh itu, alang-alang matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, apakata biar kita Inggeriskan sahaja aliran Sains bagi pendidikan menengah dan aliran sastera kekal dalam bahasa Melayu/Malaysia..peleraian ini juga merupakan sebahagian daripada kemungkinan yang aku fikirkan untuk menjana perpaduan melalui pendidikan (ini cerita lain)..

apapun, penggunaan dan pendedahan yang optimum bahasa Inggeris dalam kehidupan adalah lebih baik daripada memaksa-rela belajar bahasa Inggeris agar boleh lulus peperiksaan..cukuplah budaya mendewakan keputusan peperiksaan yang melihat kepada berapa banyak A mahupun berapa tinggi CGPA sebagai penanda aras kecemerlangan..

tapi kalo ahli politik macam haram, tak kemana jugak...

p/s: aku ambil jurusan kejuruteraan di universiti yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris..walaupun aku dari sekolah yang 100% mengajar dalam bahasa Melayu/Malaysia, tapi aku tiada masalah untuk memahami matapelajaran yang aku ambil dalam jurusan kejuruteraan walaupun dalam bahasa Inggeris..mengapa? pendedahan, dan pembacaan..dari kecil aku didedahkan dengan bahan bacaan bahasa Inggeris, juga adik-adik aku..dan aku rasa formula ini sangat berjaya, bukannya dengan memaksa pelajar membaca agar mencari jawapan soalan 5 x 2 = 10..

p/s/s: posting ini banyak guna perkataan mungkin dan bagi aku..maka semua kenyataan di dalamnya adalah daripada aku dan juga anggapan serta tafsiran aku melalui pemerhatian, pemikiran, dan penapisan minda..

3 ulasan:

  1. setuju juga, sudah2 la buat eksperimen ke atas budak sekolah pastu tibe2 rase mcm oh, nak tukar lah.
    kecuali "buang semua komponen sastera bahasa Inggeris yang tak terpakai itu" sebab for some reason, tanpa disedari, ia membantu.
    cuma satu je. ramai yg takut sgt bila belajar sains n math in english, tibe2 kate nanti BM tak diperkasakan lagi. sesungguhnya tade kene mengene kot. kalau kau belajar in malay pun tapi bm same je teruk, tade maknenye juge. (bahasa pasar yg digunakan setiap hari tu tak dikira BM yg perkasa okeh). kalau disagree dgn point yg lain, then by all means, sy pun stuju juge.
    bahasa Inggeris boleh dikuasai dgn byk cara lain lagi.
    dan BM tetap boleh diperkasakan, jangan abaikan DBP walaupun dulu orang kata "DBP mengalami kemandulan minda." adakah dbp yg slh ataupun kamu yg tak peduli? oh itu pun cerita lain.

    (hoy pjgnye! sory. hee.)

    BalasPadam
  2. Encik Masen membaca buku edaran percuma oleh MTT? Tahniah! hehe..

    BalasPadam
  3. betul-betul. kerajaan kata isu ini dipolitikkan oleh sesetengah pihak. walhal, golongan yang membangkitkan hal ini terus-terusan memperjuangkan bahasa ibunda kite semua. bukan tu je, diorang pun sedar cuma sesetengah pelajar je yang dapat untung bila buat belajar dalam bi. tapi ramai yang rugi dan terdera minda..

    BalasPadam