Selasa, 28 April 2009

katalis diabetis 023: emosi tiga suku

bila kita tak dapat sesuatu yang kita harapkan bahawa ianya sepatutnya kita dapat, maka jauh di dasar hati, bergelora rasa tidak puas hati dan mencari kesalahan..

atau dalam bahasa mudahnya, emo..

selalunya apabila terjadinya perkara tersebut, maka aku akan melemaskannya dengan perkara lain..bila tiadanya perkara lain, maka akan bergandalah perasaan emo itu menjadi sentap, amarah, lalu tacing (tersentuh hati yang mendalam terhadap sesuatu ataupun seseorang)..

dan sekarang aku buntu dan bosan tiada pekerjaan, digandakan dengan beberapa lagi isu jiwa, maka terjadilah perkara yang tersebut di atas..

lalu wujudlah posting ini yang semakin aku menulis, maka rasa itu makin berkurang pada kadaran yang malar..

akhir kata, terima kasih untuk semua yang mengucapkan selamat hari lahir, kepada ilie, juga hommies, dan semua yang terlibat dalam menjayakan ucapan ini..

"23 is just a number", kata mereka semua..

2 ulasan: