Khamis, 14 Mei 2009

kembali ke asal..

sudah masuk minggu ke-6 aku berpraktikal, dan sudah 6 minggu aku menghabiskan sekurang-kurangnya 6 jam bersama sekumpulan orang lama di stesen propaganda kerajaan..takde bosan sangat bila setiap tempat adalah kawasan merokok dan sukahati nak keluar minum pukul berapa..tapi jangan sesekali memandang rendah beban kerjanya..

apapun, bila dah terbiasa dengan orang lama, maka akan nampak satu gaya pemikiran yang sama di mana orang lama ini akan menyatakan pendirian mereka dan tidak akan mengubahnya, kecuali kalau ada seseorang yang mampu membetah dengan petah dan berfakta disamping menghormati kedudukan mereka sebagai orang yang lebih dahulu makan garam..rasanya orang lama yang duduk dalam pejabat penjalan loji itu sudah bersetuju bahawa isu politik di perak harus diselesaikan dengan baik dan apa yang berlaku diantara dua pihak itu adalah sarkis yang merugikan rakyat..

dan bagi aku, mengapa harus dipanjangkan lagi kes itu di mahkamah sedangkan apabila dewan bersidang, undi majoriti di tangan siapa? dan sekiranya dewan dibubarkan, adakah akan terjadi kemenangan besar di satu pihak sahaja? dalam apa situasi pun, ada pro dan kontranya dan isu ini mampu diselesaikan pada kadar yang segera..sebaliknya, isu ini dipanjangkan lagi dengan rayuan selepas keputusan diumumkan..lawan tetap lawan, tapi siapa yang sudah bila pemerintahan tak berjalan dengan lancar..


kemudian aku agak tertekan kebelakangan ini..fizikal, mental, dan jiwa tak menentu menyebabkan hilang selera makan akibat gagal menghadam dengan betul..bila semuanya seakan berakhir, akan ada perkara lagi yang berlaku dan ianya berulang kembali..'kitaran itu sudah lengkap', seperti kata-kata vader..tapi kitaran kali ini seperti ulangan kitaran-kitaran yang lalu dengan isu baru..gaya dan reaksi tetap sama dan di sini aku ingin bertanya..

apakah ianya kebetulan, disengajakan, ataupun naluri hati, apabila seseorang itu mengalih pandangan terhadapa seseorang/sesuatu yang menarik perhatiannya? adakah ianya salah? dan apakah ia hanya terjadi kepada golongan lelaki sahaja/dan perempuan? bagaimana dengan golongan yang di tengah seperti nok-nok dan yang sewaktu dengannya?

soalan ini agak mendalam dan sekiranya akal dan hati berperang, maka kau akan masuk kedalam satu kitaran seperti aku..pendapat aku, ianya adalah naluri yang tegar, ibarat refleks bagi semua orang..malah yang berketayap, janggut seinci, celak sekaki pun akan menoleh sebentar sebelum tunduk beristighfar..kan?

ah ya, sementara aku menanti kitaran baru ini membina momentumnya, kitaran harian aku harus di lengkapkan dahulu..esok masih hari kerja dan hari yang baru..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan