Isnin, 18 Mei 2009

bola itu bulat

*siri-siri post draft yang aku baru nak post*

musim bola sudah berakhir..dan setan-setan merah seluruh dunia masih lagi di dalam euforia meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka menjulang piala liga buat kali ke-18, menyamai rekod the kops yang ternanti-nanti tika dan saatnya dapat mengulangi kejayaan dua dekad yang lalu..lalu bergembira seperti mereka..


tapi bukan pasal pesta itu yang aku titipkan..kisah apa aku dengan setan-setan merah yang terkinja-kinja meraikan (barangkali) kejuaraan liga terakhir..heh..apa yang mahu aku sampaikan ada kena mengena sedikit saja dengan mereka..

aku petik dari akhbar percuma, the sun..

"The one thing that the football doesn't seem to understand is that the fans are the customers. That's the problem with football.Football fans give their hearts to the
team they support. But, football organisations have not given attention to service. The fans want to be appreciated for their custom and, therefore, football should offer
good customer service"
itu kata-kata Peter Draper..kalau tak tahu siapa sila baca akhbar selalu..

pada aku, perasaan tidak dihargai itu pasti dirasai oleh semua peminat bola sepak tempatan..tajuk mengenai kualiti permainan itu bola sepak tempatan itu sendiri telah banyak dibicarakan oleh lucius di dalam pos-posnya,dan tak perlu aku buat ulasan selari pula..apapun, banyak cara untuk mencari dana kewangan selain daripada mengharapkan bantuan kerajaan..ambil peluang untuk berniaga, contohnya tiket bermusim, kit pasukan rasmi, baju latihan, pelekat, dsbnya dan mentadbir pasukan bola sepak itu dengan cara orang berniaga..barangan jualan adalah hiburan berbentuk perlawanan bola sepak, dan pelanggannya adalah peminat bola sepak itu sendiri..

ah, tapi selagi persatuan dikuasai orang politik, tak kemananya..tak pun, bubarkan saja pasukan bola sepak negeri dan jadikan semua pasukan bola di negara ini sebagai pasukan kelab yang berpangkalan di bandar-bandar utama setiap negeri..

btw, tahun depan Arsenal bakal treble..nuff said..

5 ulasan:

  1. sorie...the world will be covered blue...blue of the blues....chelsea rawks....

    tapi kepada semua peminat liverpool,chelsea n arsenal..mari kta berpadu tenaga..menyokong Barca bagi mencantas usaha2 setan merah utk berlagak....

    mari

    BalasPadam
  2. Bola sepak=populariti.Politiking masuk scene bola sepak jadi popular.Tapi,mengurus macam nenek dia punya.

    BalasPadam
  3. hey there, doing some blog hopping.

    arsenal nak menang nxt ssn? suro wenger spend la baru leh =P

    and to me, united treat their fans well, at least i think so. they have their asian tour to appreciate their fans around asia =)

    msian football. kecewa. tu je leh cakap.

    BalasPadam
  4. taun dpn arsenal bakal treble?
    setiap taun ckp camtu ke? :P

    BalasPadam