Khamis, 4 Jun 2009

jangan beritahu ibu

maka kerja-kerja mengemaskini kembali berjalan..hari-hari yang sibuk menyebabkan keletihan fizikal dan mental, namun masih tetap di atas talian tapi tiada kemaskini akibat kelambatan menukarkan fikiran menjadi tarian jari-jemari mengetik papan kekunci..siapa kata menulis itu mudah?

apapun, minggu lalu aku berpeluang mengunjungi tanah orang..tanah yang berhujankan emas, dan realitinya memang penuh dengan emas berlian berbentuk pengalaman, pengamatan, budaya, dan pemikiran..pulau tuhan gelaran mereka kerana kepercayaan di sana, manusia perlu hidup bersama dan bersatu dengan alam dalam kehidupan mencapai kesempurnaan..maka aku berterima kasih untuk penaja yang sudi menaja makan, minum, dan penginapan yang persis set rakaman av idol..

sesungguhnya apa yang lebih mengujakan adalah bila aku dapat membandingkan beza antara dua pantai yang terpisah dek selat melaka..begitu terasa betapa konservatifnya di sebelah kita ini, terlalu halus, berbanding di seberang sana, lebih terbuka, dan yang penting, lebih matang pemikiran secara kasarnya..pengajaran terbaik dari pengalaman itu adalah betapa besarnya tanggungjawab yang haru dipikul dalam setiap apa tindakan yang kita ambil..persetankan apa yang hendak dilakukan, tetapi kebertanggungjawaban itu tetap terpahat di hati masing-masing..ini terpancar dalam tingkah laku setiap warganya, tanpa perlu diberitahu..barangkali ianya adalah produk perpaduan yang ampuh..

barangkali..

apa pun, kita perlu menjadi lebih matang dalam apa jua tindakan..mungkin ada kelebihan di pihak kita yang tiada pada mereka, namun apa salahnya jika kita cuba memperbaiki sisi diri yang lemah. tak gitu?

oh ya, pengambilan tembakau yang agak hebat di sana terbawa-bawa kembali..apa boleh buat, industri tembakaunya antara yang terbesar di dunia..begitu juga eksport tenaga manusianya ke negara kita..akhir kata, ianya antara masa yang terbaik, terhebat..tapi pasti lebih bermakna jika ada teman yang sentiasa di hati..

^_^

btw, di tempat yang tidak pernah tidur, malam-malamnya pasti hebat..maka termaksudlah tajuk itu..

1 ulasan:

  1. makcik!!! anak makcik berkelakuan jahat di luar negara!

    BalasPadam