Isnin, 17 Ogos 2009

pengakhiran

dan kini, pengakhirannya sudah tiba, menghadap tirai terakhir..sahabat, aku mahu jelaskan, segalanya..setahun, hidup yang penuh bermakna..mengembara ke pelusuk jalanan..dan yang lebih, lebih penting lagi
aku lakukannya dengan cara aku..

penyesalan itu ada, tapi terlalu sedikit untuk dinyatakan..aku lakukan apa yang aku perlu, dan lakukannya tanpa pengecualian..setiap laluan dirancang, langkah demi langkah sepanjang perjalanan..dan aku lakukannya dengan cara aku..

ada masanya, kamu pun tahu..aku ambil, lebih dari yang aku perlu..tapi melihat semua itu, bila ada kebimbangan, aku persetankan semuanya..menelan kepahitan dan menjadikannya kejayaan..menghadapinya dengan tabah..
dan aku lakukannya dengan cara aku..

aku gembira, ketawadan juga berduka bila merasai kegagalan..tapi bila tangisan reda, semuanya menakjubkan..melihat apa yang telah aku lakukan, tidak malu untuk aku menyatakan..bukan aku yang gagal, kerana aku lakukan dengan cara aku..

apakah yang ada pada seseorang itu, jika bukan dirinya, maka tiada apa yang dimilikinya..untuk berkata tentang apa yang dirasa, bukan kata-kata berputus asa..kini terbukti aku sudah merasa segalanya..

dan aku lakukan dengan cara aku..


******

kembali kepada asalnya, namn aku tidak akan berhenti di sini..barangkali akan terus menyampaikan idea-idea, seperti mana aku yang dulu, yang telah lama aku tinggalkan...

barangkali di pojok ini, atau di halaman muka surat baru...

1 ulasan:

  1. err..mau tutup kedai kaa bro?
    kalau nak buka cawangan baru kasitau alamat eh

    BalasPadam