Ahad, 16 September 2007

invitasi inspirasi menggoncang pertimbangan

bertemu di laman maya..

satu janji cuba di pateri..

'lain kali ek', kata ell..

'hoyeah?', ako tak percaya..

'suatu hari nanti', katanya lagi..

jika janji, itulah yg dipegang..

jika mimpi, itulah yg diidamkan..

bicara sendirian dengan diri ako..

"mimpi itu membenarkan setiap seorang daripada kita menjadi gila dengan senyap dan selamat setiap malam"

dan kerna itulah ako menjadi gila tiap kali bermimpi..

tak keruan..

dengan perkara2 yang ako tak mungkin ako lakukan mahupun bayangkan dalam situasi realiti..

bersama menikmati pemandangan senja kota kuala lumpur..

sambil menikmati wain mahal..

angin bayu menghembus, melerai sisiran rambutnya..

'dakapilah daku sayang'

dan malam yang semakin dingin, dengan perlahan menjadi hangat..

hangat dengan nafas dua entiti yang bersatu hati..

dan berterusan melafazkan kata-kata..

yang tidak difahami butirannya..

kerana ako sedang bermimpi..

dan setiap mimpi itu ada pengakhirannya..

"It hurts to find out that what you wanted doesn't match what you dreamed it would be." - Randy K. Milholland

realiti mimpi memang menyakitkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan