Isnin, 17 September 2007

seperti pelangi, ia hilang sebagaimana ianya muncul

perawan berbaju merah jambu..

hatiku terdetik, 'cantik..'

ku pandang dengan harapan agar dia berpaling ke belakang..

agar dapat ako ukirkan secebis senyuman..

gagal...


*******************************

"kau marah ako lagi?", dia bertanya..

"tak..", balas ako..

"dah lama ako buangkan, buang jauh-jauh", sambung ako lagi..

maaf pinta ako..

"benda dah jadi, nak buat macamana", jawabnya..

dan terus seperti sediakala, seakan-akan waktu berlalu begitu..

tapi bukan aku, kata sammy dan kerispatih..

nada melankolik menguasai ruang..

"i know, semua orang akan buat apa yang ko buat kt ako", katanya..

neuron-neuron minda ku berlumba..

"dah salah aku" katanya lagi..

tahan segala kenegatifan, cernakan menjadi sesuatu yg baik!

"padan muka aku"

BERHENTI!

*************************************************

siraman air sejuk benar-benar melegakan..

hilang sudah kepanasan yang membungkam dada dan jiwa..

pemikiran kembali tenang pada tahap pegun..

'Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference'
- Robert Frost, The Road Not Taken


rangkap itu tiba-tiba muncul..

dan mencapai konklusi pada saat itu..

tiada siapa yang salah..

hanya pilihan berbeza..

hidup terlalu subjektif untuk ada yang salah dan benar..

kerna pada akhirnya kita mencapai matlamat yang satu..

keabadian..

hidup mesti terus..

kesilapan, jadikan batu penanda...

pengalaman, guru yang setia..

kesalan, persetankannya dan tenderkan kemasukannya ke neraka..

maka benarlah kata zark, idea yang bernas dan mantap selalunya hadir di dalam jamban..

"I got this vision of the flux capacitor after bumping my head to a toilet bowl" - Dr.Emmet 'Doc' Brown, Back to the Future

sememangnya jamban adalah tempat yg sesui bagi minda kreatif..

mungkin kerana aromanya..

aroma pembersih jamban Toilet Duck mahu pun Harpic..

ke jamban...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan