Rabu, 7 November 2007

dinihari bersama masen

adapun tujuannya adalah tiada tujuan..

sekadar mengisi masa senggang yang kelihatan seperti semakin lapang..

sedikit pengisian mungkin dapat mengembalikan ruang equilibrium..


1

mungkin kebetulan..

ataupun satu ketidak-sengajaan..

neraka tiada update beberapa hari lalu..

dan MM juga tidak update pada waktu yang sama..

mencari ilham..

barangkali..

dan kedua-duanya kembali dikemaskini pada waktu yang sama..

apakah ada satu pertalian diantara penjaga neraka dan juga abang minimalis?

pertalian simbiotik, mahupun psikik merentasi ruangan kuantum..

ataupun kedua-duanya entiti yang satu, sudut jasad fizikal yang satu namun terdapat perbedaan pada personaliti..

intoksikasi hasil produk qubul syaitan mewujudkan perwatakan yang lebih liberal, lebih sinikal..

dan bila masa normaliti dan insaniti terjaga, maka perwatakan yang lain mengambil alih..

mirip dr. jekyll dan mr.hyde versi maya..

tak kesah lah..

laman minda berekreasi kembali terjaga..

walau siapa pun mereka (ataupun kamo)..

si pari-pari, pastikan penjaga nerakamu tidak malas-malas lagi..>_<


2

bosan..

berita yang sama saban tahun..

waktu-waktu begini terasa agak berterima kasih kepada astro..

boleh dikatakan berkumandang setiap jam..

'lambang kita yang gagah..bla bla blaaa'

naik muak mendengarnya..

itu belum mendengar ucapan kitar semula yang berdegar-degar, berkobar-kobar..

serak suara, minum air, cuba bersuara, tersedak pula..

pengisian kosong, disaluti janji-janji kosong..

akhbar pula penuh dengan ucapan perasmian, penggulungan, persetanan, hujahan, kutukan, penciptaan perkatan imbuhan baru semata-mata untuk mengampu..

dan 'angkasa' adalah perkataan masakini..

mengangkasakan..

terangkasa..

diangkasakan..

segala mak neka angkasa..

terimakasih Russia..


3

malam makin larut..

unggas halus masih berbunyi..

menanti sapaan lembut kokokan ayam mengalun telinga..

hati ini kadangkala tertanya..

apakah masih ada sisa yang hadir di hatinya..

sedangkan rasa itu berlimpahan, mengalir dari bibir jiwa..

menanti dan terus menanti..

akan saat bertemu dengan mu..

getaran melanda sukma, berdebar!~

menanti hari yang tak kunjung tiba akan waktu..

saat ku ingin memeluk tubuhmu yang mulus..

bisa menrungkai segala kerinduan yang terhurung dalam sangkar penafian..

rindu yang cuba dilebur oleh larian masa..

masih tak terdaya..

saat api itu masih tetap menyala walaupun dalam bara..

menyambar tangkas bukaan jiwa..

mencipta kunci penyatu..

dari keping-keping memori lalu..

dan kita satukan..

yang kita miliki separuh..

berbentuk hati..

cinta namanya..


4

mahu apa lagi..

kembali lah kamo ke tugasan masing-masing..

3 ulasan:

  1. ayah den pon perasan angkaso angkaso tu.

    BalasPadam
  2. pujangga dont be so poetic
    bahasa kamu sangat indah
    i might fall! hehe

    lepas tu si izz jeles..bluekk

    i dont know how to solve the mystery of jekyll and hyde either!
    weird eh

    BalasPadam
  3. izz mmg dah lama jeles..

    she know i'm a hok staf..

    kan izz kan...


    huahahaha..

    BalasPadam