Khamis, 8 November 2007

pemikiran rambang (5)

dan tangga itu menjadi sarang..

sarang bagi melepaskan nafsu yang menggila..

nafsu yang mendambakan dos-dos nikotin..

tatkala unit penghawa dingin beroperasi..

tangga juga menjadi tempat berdiskusi..

hal-hal dunia selalunya..

gosip, politik..

juga luahan isi hati..

yakni pada hari itu..

luahan hati sang puteri..

pabila ditanya tukang cerita..

'dah ada yang betul2 nak, yang ikhlas, tapi masih kjar yang itu juga..'

'semuanya terletak dihati..'

kata sang puteri

benarlah begitu..

lagi-lagi jika hati itu digandingkan dengan perasaan..

lantas membentuk satu keadaan yang disebut cinta..

sepertimana tukang cerita..

yang kelihatan pada kasarnya mempermainkan gadis yang telah menyerahkan jiwa raga..

tapi dihati, si gadis tetap bidadari..

persetankan kata orang lain..

"ako dengan cara ako.."

"barangkali si gadis tidak nampak signifikasinya.."

"tapi ako pasti dia mengerti gelodak di dasar isi hati ako.."

barangkali seperti itulah suara hati sebenar tukang cerita..

nada yang sama seperti sang puteri..

sememangnya cinta itu memberi pengaruh yang besar kepada individu..

cinta membina keajaiban..

cinta memberi harapan..

cinta menghampar pengabdian..

cinta merangsang kegilaan..

cinta membawa kematian..

dan terserah kepada individu untuk mentafsirkan..

cinta..

bagi ako..

cinta itu menolak ako kehadapan, menghadapi hari-hari mendatang..

walaupun cinta itu semakin menghilang..

akan ako kejar ianya kembali..

hingga ke hujung langit..

di antara titik ini hingga ke hujung langit itulah hidup ako..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan